Syamsul Yusof bengang, Sharifah Amani minta maaf
PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof bengang dengan pelakon, Sharifah Amani apabila pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghentam filem terbarunya, KL Gangster 2 di laman mikro Twitter.
Amani mempertikaikan soal klasifikasi filem yang mendapat kelulusan P13 sedangkan mempunyai pelbagai unsur seperti pukul, dadah, rogol dan kata-kata kesat.
Kenyataan Amani itu disifatkan biadab oleh Syamsul.
“...tapi dari mana aku datang, ‘tweet’ itu biadab. Jika nak bersuara pun ada caranya. Lain kali beradab @sharifahamani,” tulisnya awal pagi tadi.Sebelum itu, Syamsul menulis, “Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara.”
Dalam ‘tweet’ Ahad lalu, Amani menyebut, “filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar.”
Dalam interaksi di Twitter, Amani menafikan kata-katanya itu berbaur peribadi.
“Saya cuma terganggu dengan ‘double standard’ yang jelas. Bukan salah awak dan saya tak mempertikaikan rezeki awak,” tulisnya.
Kemudian, Amani meminta maaf kepada Syamsul jika katanya-katanya menyinggung Syamsul.
“Awak dan adik awak melakukan kerja yang berani. Kerana itu anda berdua mendapat sokongan saya. Tak ada maksud buruk. Maaf kalau tersinggung,” tulisnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.