Liga Lawak Superstar - Belum tunjuk 'taring'
Program realiti terbaru TV3, Liga Lawak Superstar (LLS) yang menampilkan lapan komedian dan 16 artis popular tanah air dalam menggilap bakat serta kreativiti mereka menerusi sketsa komedi telah memulakan pertarungan pada setiap hari Ahad jam 9 malam.
Hanya berbeza satu mata, juara minggu LLS bagi Kumpulan A menjadi milik Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Fizz Fairuz.
Kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menang nipis (59 markah) dengan kumpulan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail dan Hairi Safwan) yang memperoleh 58 markah.
Selain itu, dua lagi kumpulan iaitu Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan dan Aman Nassim) mendapat 48 markah manakala Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek dan Shafiq Kyle) peroleh 51 markah dilihat kurang menyerlah berbanding rakan seangkatan mereka yang lain.
Empat pasukan ini berentap meraih markah daripada barisan juri tetap terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli (ketua juri), juri awam dan mendapat undian SMS daripada orang ramai.
Pusingan pertama menampilkan persaingan sengit antara Apa Kasih Toq dan Aku dalam permainan Apa Maksud Kau.
Sementara itu, kumpulan Derhaka Seorang Cinderella dan Spy Kampung mula menunjukkan peningkatan mendadak menerusi cabaran Jampi.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, mereka perlu berhadapan dengan lima cabaran berbeza pada setiap minggu.
Katanya, minggu ini peserta perlu bermain permainan iaitu Apa Maksud Kau, Jampi, Pentiru Besar, Bilik Soal Siasat dan Karaoke Uncle Spa.
"Selepas pertarungan pertama oleh Kumpulan A dan B, setiap kumpulan sudah jelas mempamerkan potensi mereka namun, terlalu awal membuat ramalan.
"Lagipun kebanyakan peserta belum menunjukkan taring masing-masing kerana masih mencari identiti dalam persembahan," katanya.
Nurlisia berkata, setiap peserta perlu memperbaiki kelemahan persembahan dan ada kalanya mereka tidak konsisten.
"Peserta perlu peka dari awal lagi supaya mengemaskan lagi persembahan dari semasa ke semasa kerana masih mempunyai 3 pusingan sebelum sesi penyingkiran.
"Kami berharap semua pasukan mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan pada minggu seterusnya," katanya.
Juara LLS sekali gus membawa pulang RM250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM75,000 manakala tempat ketiga RM50,000 dan tempat keempat RM25,000.
sampai ternganga punya lawak.
ReplyDeletekfc satu..
tudiaa aaiihh sampai ternganga nie? isk isk isk
DeleteMmg kurang lagi lawak dia banding Supeeeerrrr Spontannnn...kakakak..apa pon ttp menghiburkan...cewahhhh...is apa khbr?kikikikiki...lan dtg bc entri sambil belanje is kat OCBC .... kikkikikikikiki
ReplyDeletehmm is nie jarang-jarang tengok rancangan tv lawak-lawak nie hehehe biasalah paraniod hhehehe, Khabar baik lan mana pi hilang daa? terima kasih yer belanja is.
Delete