Siti Nurhaliza |
Tugas berat Siti Nurhaliza
Selepas selesai dua tugas Inspirer iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslaw selama enam minggu bersama pelajar-pelajar AF2013, kini tiba giliran Datuk Siti Nurhaliza untuk berkongsi pengalamannya bersama pelajar sekali gus menggalas tugasan tersebut.
Siti berkata, beliau kini sedang menekankan aspek membentuk pelajar AF2013 melalui persembahan dan mengkaji karakter pelajar untuk minggu berikutnya.
Menurutnya, selepas ini beliau mahu pelajar melakukan persembahan terbaik, bukan hanya sekadar untuk memuaskan hati pengkritik tetapi membentuk mereka menjadi penghibur sebenar.
“Sebelum ini, saya melihat satu hasil yang membanggakan apabila Inspirer memberikan tunjuk ajar mereka menerusi lagu dan susunan muzik dan keunikan sendiri dari segi pembinaan karakter.
“Jadi kini, peluang saya adalah untuk memberikan penekanan dari aspek persembahan pula supaya mereka boleh menyahut cabaran di luar sana untuk dinobatkan menjadi bintang yang sebenar,” katanya.
Menurut Siti, beliau akan cuba menggalas tanggungjawab ini untuk membantu pelajar berjaya sebagai pelapis baru dan sedia memberikan tunjuk ajar yang terbaik serta menggilap pelajar memenuhi pakej sebagai penghibur.
“Masih ada masa dua minggu lagi untuk memberikan penekanan ini supaya mereka dapat menunjukkan kebolehan dan kehebatan masing-masing melalui pentas AF2013 ini.
“Saya sudah nampak ada bintang yang sedang bersinar selepas melalui proses kematangan mereka melalui dua Inspirer sebelum ini,” katanya yang mengakui kesemua pelajar mula menunjukkan peningkatan dari persembahan mereka.
Mahu 'pecah kepala'
Tujuh minggu bersiaran, menyaksikan tiga daripada pelajar AF 2013, Azhael, Nabila dan Indah, mendapat kritikan hebat dari tiga juri tetap, Roslan Aziz, Edry Abdul Halim serta Sharifah Amani.
Mengulas mengenai situasi itu, Siti mengakui ulasan yang diberikan juri sangat bertepatan memandangkan beliau juga sedang memperhalusi sudut persembahan pelajar.
“Saya sendiri 'pecah kepala' memikirkan lagu yang sesuai kepada pelajar AF2013 mengikut kemampuan mereka. Alhamdulillah, mereka telah sahut cabaran mengikut kemampuan mereka.
“Saya lihat prestasi mereka sebenarnya sedang meningkat, kerana komen juri tidak begitu menekankan aspek vokal seperti sebelum ini.
"Namun, saya akui ada beberapa pelajar yang perlu memperbaiki lagi mutu persembahan mereka, terutamanya dalam mencari keserasian berduet " katanya yang tetap menghormati kritikan yang diberikan ketiga-tiga juri tetap itu.
Penyanyi tersohor ini bagaimanapun punya pendirian tersendiri terhadap tiga pelajarnya yang menerima kritikan hebat itu.
Menurut Siti, baik Azheal, Nabila dan juga Indah punya keistimewaan serta tarikan tersendiri, malah beliau sedia untuk membantu mereka menjadi penghibur yang lebih baik.
Pembukaan lagu Siti Nurhaliza. |
Azhael enggan dilabel 'kayu'
Berbeza dari minggu sebelumnya, konsert ketujuh menyaksikan pelajar AF2013 membuat persembahan bersama pasangan duet yang terdiri daripada bekas pelajar AF seperti Hafiz, Mila, Hazama, Stacy, Aril dan Adira.
Bagi duo yang semakin menjadi perhatian, Azhael, mereka sedaya upaya cuba menyanyikan lagu rancak, Menggegar Dunia nyanyian asal oleh Stacy dan Adam dengan tarian sebaik mungkin.
"Pada mulanya kami mahu pilih lagu balada, sebab tahu kami ni 'kayu', tak boleh menari seperti orang lain. Tapi kami sahut cabaran Datuk Siti dan cuba menari dengan baik.
“Walaupun terima kritikan hebat dari juri terutamanya Roslan Aziz, kami yakin, inilah cabaran terbesar kami menggalas tugas di AF," kata Azheal yang dianggotai Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi.
Sementara itu, Faizul telah menunjukkan peningkatan berganda apabila dapat membuat kejutan dan kelainan melalui persembahannya bersama Adira.
Mendendangkan lagu Penghujung Cintaku nyanyian asal Pasha dan Adelia, persembahan Faizul itu turut mendapat pujian hebat daripada ketiga-tiga juri.
Selamat tinggal Suhada
Perjuangan Suhada di pentas AF2013 akhirnya terhenti apabila namanya diumumkan sebagai pelajar ketujuh yang tersingkir di Konsert AF2013.
Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhada Unding menyampaikan lagu duet bersama penyanyi, Mila Jirin berjudul Hanya Memuji nyanyian asal oleh penyanyi dari Indonesia, Shanti dan Marcell.
Pelajar berusia 21 tahun itu tersingkir selepas mendapat undian terendah sebanyak 8 peratus.
Selain Suhada, pelajar Aisyah merupakan pelajar kedua dengan peratusan terendah iaitu sebanyak 11 peratus, manakala undian tertinggi pula adalah milik Nabila, 24, peratus diikuti dengan pasangan duo, Azhael iaitu 21 peratus.
Dengan penyingkiran Suhada itu, kini tinggal enam bintang AF2013 (Azhael, Faizul, Aishah, Nabila, Indah dan Amira) yang akan meneruskan perjuangan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.