Sazzy, Norjuma peraga baju dan tudung di New York

Sazzy, Norjuma peraga baju dan tudung di New York
Sazzy Falak

Sazzy, Norjuma peraga baju dan tudung di New York


STREET Fashion oleh Sazzy Falak dan Aidijuma Tudung Bawal oleh Norjuma Habib Mohamed, buat pertama kalinya diperagakan dua selebriti Malaysia itu, pada PLITZS New York City Fashion Week di Hotel Park Central di tengah kota raya New York di sini, Ahad.
   
Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 32, memperkenalkan 25 fesyen rekaannya pada sesi pagi Ahad manakala Norjuma Habib Mohamed menampilkan tudung bawalnya pada sesi petang.
   
Pertunjukan rekaan Sazzy, yang juga pelakon dan pengacara, sepatutnya bermula pada 9.15 malam Sabtu menerusi slot 'designer showcase 5' tetapi terpaksa ditunda beberapa kali sehingga 12.30 tengah malam disebabkan kegagalan penganjur memastikan pertunjukan sebelum itu tamat mengikut masa yang disediakan.
   
Ini bagaimanapun tidak menghalang sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di kota raya ini menunggu bagi memberi semangat kepadanya walaupun sudah lewat malam.
   
Sazzy yang ditemui Bernama sebelum pertunjukannya berkata ini merupakan kali pertama rekaannya diperkenalkan dalam petunjukan fesyen antarabangsa.
   
"Sebanyak 25 fesyen khas untuk pasaran Amerika berjaya direka selepas mendapat jemputan daripada penganjur beberapa bulan lepas.
   
"Antaranya ialah Laila, Sanya, Amina, Mariani, Atilia dan Aishah," katanya yang ditemani suaminya Nazril Idrus.
   
Ibu muda itu berkata, beliau mula berjinak dalam bidang rekaan fesyen sejak setahun lepas dan idea memulakan perniagaan fesyen itu timbul ketika dalam masa proses berpantang selepas melahirkan anak kembar pertamanya.
   
Beliau berharap penyertaannya pada minggu fesyen New York akan menjadi platform kepadanya untuk menyertai pelbagai lagi minggu fesyen di peringkat antarabangsa termasuk London Fashion Week.  
   
Sazzy dijangka turut memperagakan hasil ciptaannya menerusi model tempatan di sebuah kelab di Times Square anjuran sebuah agensi promosi fesyen terkenal di kota raya dunia itu esok. - Bernama

Comments

  1. ada ternampak juga di Instagram Sazzy Falak tentang ni... syabas buat mereka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers