Linda Onn ingat pesan arwah bapa

Linda Onn ingat pesan arwah bapa
Linda Onn

Linda Onn ingat pesan arwah bapa


DI SAAT usia sudah mencecah 35 tahun, penyampai radio jelita ini bukannya tidak pernah memikirkan soal berumah tangga dan memiliki keluarga bahagia seperti rakan-rakan seangkatannya, namun bagi pemilik nama Rozlinda Onn atau lebih popular dengan gelaran Linda Onn, masih belum tiba jodoh yang terbaik untuknya.

Menyerahkan urusan itu kepada Ilahi, penyampai radio Suria FM ini, tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

Mengakui  semakin selesa dengan kehidupan dan karier yang diceburinya kini, bagi Linda dia sudah kalis dengan persoalan seperti itu. "Saya selalu ditanya bila lagi nak kahwin? Sebagai hamba-Nya kita hanya merancang selebihnya
ALLAH SWT menentukan. Jika ada jodoh saya tidak menolaknya.

"Ada juga yang menganggap saya serik untuk bercinta. Ia sememangnya tidak benar, namun pengalaman sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," kata Linda yang pernah menjalinkan hubungan cinta bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad.

Jika diukur dari segi karier, populariti mahupun aset yang dimilikinya, tidak mustahil ramai jejaka di luar sana ingin mendampinginya. Akui sering berdepan dengan situasi itu, artis kelahiran Singapura ini bagaimanapun tidak menafikan ada juga jejaka yang 'takut' untuk mendampingi wanita sepertinya.

Bagi Linda, tiada istilah memilih pasangan, jauh sekali meletakkan kriteria-kriteria tertentu yang menjadi halangan untuknya mendampingi mana-mana jejaka.

"Saya bukannya terlalu memilih. Kali ini, saya pegang pesan arwah ayah, 'carilah calon yang pandai menghormati orang lain'.

"Namun dalam hubungan, saya impikan suami yang memahami dan boleh dijadikan sebagai kawan serta kekasih dalam masa sama," katanya.  

Linda Onn ingat pesan arwah bapa
Linda Onn

Linda Onn Kembali berlakon


Rindu dengan dunia lakonan, Linda akhirnya mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang itu. Menurut Linda, sudah empat tahun dia tidak berlakon. Bukannya tidak pernah menerima tawaran, sebaliknya dia ingin fokus dalam bidang perniagaannya.

"Kali terakhir saya berlakon dalam menerusi filem Biar Betul. Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh.

"Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, baru-baru ini saya diberi tawaran untuk berlakon. Walaupun agak lama tidak berlakon tapi saya yakin dapat lakukan yang terbaik," katanya yang pernah membintangi filem Gila Bola dan Cicak Man.

Turut aktif sebagai pengacara dan baru selesai menjalani penggambaran program 'Belaian Jiwa' (TV3) yang memfokuskan dunia kecantikan, Linda juga semakin rancak menerokai bidang perniagaan.

Selain memiliki dua restoran, My Mom Chicken Rice”, Myasampedas Shop” serta kedai jamu, Mykaki Jamu Shop , Linda juga bakal membuka sebuah homestay.

Terletak di pusat peranginan terkenal Port Dickson, Linda berkata, homestay  tersebut masih dalam pembinaan dan hiasan.

"Saya percaya homestay yang bersuasana perkampungan ini akan memberi tarikan tersendiri kepada pelancong.

"Insya-ALLAH ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan dan saya berharap Allah akan mempermudah segala urusan," katanya.

Comments

  1. kita merancang tapi yang tentukan tetap tuhan ...kn..kan? klik ads sini

    ReplyDelete
  2. salam pagi isnin is...ila cuit Samsung yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak maaf ila is tak sempat nak jawab komen nie bz pasal printer is tu. apa pun terima kasih ya ila?

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers