Syura bakal buka restoran

NOR RAIDAH AWANG
FOTO: SHARINIZAM OTHMAN
SOLEKAN: EMMA RAZILA

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Syura, bakal, buka, restoran
Syura Dengan Keluarganya


MESKIPUN dinobatkan menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, terkilan dengan segelintir peminat yang sehingga kini masih mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.

Bagi membuktikan bakatnya dalam bidang masakan, penyanyi yang terkenal dengan irama pop tradisional ini berusaha untuk membuka sebuah restoran.

"Memang agak sedih bila orang terus mempertikaikan kemenangan saya dalam MasterChef Selebriti.

"Namun, saya tidak akan berkecil hati. Setiap kritikan yang diterima, akan saya jadikan sebagai penguat semangat untuk terus berjaya," katanya yang berjaya mengalahkan 19 finalis, termasuk Celina dan Rozita Che Wan yang pernah disebut-sebut sebagai juara program realiti masakan itu.

Jelas Syura, dunia masakan sememangnya sudah sebati dengan dirinya. Malah impian untuk memiliki restoran sendiri juga sudah lama terbit di hati.

"Saya akui, untuk membuka sebuah restoran ianya bukan perkara yang mudah kerana memerlukan permulaan modal yang banyak.

"Insya-ALLAH saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.

Utama keluarga


Sempat berkongsi mengenai sambutan Ramadan tahun ini, Syura berkata, tidak seperti tahun lalu, dia banyak menerima jemputan untuk pelbagai program seni. Akui Syura, kemenangannya dalam MasterChef Selebriti 2 banyak memberi kesan positif terhadap karier seninya.

"Sebelum ini saya sibuk menguruskan butik perkahwinan di Johor, tapi kali ini saya sibuk dengan pelbagai program jemputan seni sepanjang Ramadan.

"Alhamdulillah... saya gembira kerana ramai yang mula mengenali saya sejak menyertai program MasterChef. Insya-ALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik demi karier saya," kata penyanyi yang berasal dari Johor Bahru.

Walaupun sibuk dengan dengan pelbagai aktiviti seni, Syura berkata, keluarga tetap menjadi keutamaan. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea,4 dan Muhammad Irfan Aryan, 2, tidak sesekali diabaikan sementelah lagi dengan kehadiran bulan suci ini.

"Sebelum menghadiri mana-mana program, saya akan menyediakan dulu juadah berbuka untuk mereka.

"Mujurlah mereka sentiasa memahami saya. Malah saya sangat bersyukur kerana mereka sentiasa menyokong saya untuk terus berjaya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yasin, sejak 2006.

Ditanya mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Syura berkata, sebelum Ramadan lagi dia sudah membuat persiapan, terutama untuk anak-anaknya.

"Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Kempas Johor, segala persiapan beraya hampir siap.

"Untuk kuih tahun ini saya akan buat biskut raya dan juga tart nenas yang sering menjadi kuih utama keluarga saya," katanya.

Kembali menyanyi


Kali terakhir muncul dengan single Dejavu bersama sifu M Nasir, pemilik suara irama tradisional ini dilihat terus menyepi dari industri seni.

Setelah lima tahun tanpa sebarang karya, Syura sedia untuk kembali dengan single terbaru.

"Saya tidak pernah menyepi sebaliknya ingin memberi tumpuan sepenuh kepada rumah tangga yang dibina bersama suami dan  anak-anak yang kian membesar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai single terbarunya itu, kata Syura, dia masih dalam perbincangan dengan seorang komposer untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan vokalnya.

"Tentang tajuk lagu dan nama komposer, ia tidak dapat dedahkan lagi buat masa ini.

"Insya-ALLAH, bila segalanya dah siap, saya akan umumkan kepada semua," katanya yang turut berminat untuk berkecimpung dalam dunia lakonan.

iskandarX: Amboi mentang-mentang juara MasterChef kan terus nak buka Restoran, tapi bagus idea dan kehendak tu, sebab daripada Syura kembali ke dunia nyanyian, aurat perempuan tetap Syura tonjolkan iaitu suara. Yaaa Suara perempuan adalah aurat ok? Diharap Syura teruskan niat buka restoran, janagn buka satu, buka banyak2. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers