Siti mahu peminat ubah persepsi

NINA FARZUIN MD SHAROM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siti, mahu, peminat, ubah, persepsi
Siti Nurhaliza - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


SEJAK kebelakangan ini, ramai artis dihimpit kontroversi hanya kerana memuat naik status dan gambar peribadi mereka menerusi Instagram, Facebook dan Twitter.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas daripada perkara sama apabila gambar suaminya, Datuk K tanpa baju dengan keterangan gambar, ‘Dato K is ‘back’!!... yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, mengundang respons negatif daripada segelintir peminatnya.

Diminta mengulas mengenai kontroversi itu, Siti berkata, laman sosial kini menjadi medium utama untuknya berkongsi aktiviti harian dengan peminatnya. Namun sejauh mana penerimaannya, bergantung peminat itu sendiri.

“Saya sendiri pun banyak mahu berkongsi perkara yang peminat di luar tidak tahu apa yang saya lakukan setiap hari. Ada juga perkara yang agak peribadi saya kongsi bersama mereka, tapi pada masa yang sama saya tahu di mana batasnya.

“Memang pada asalnya apa yang kita kongsi tidak bermaksud lebih daripada yang kita fikir. Kita rasa ia tidak ada masalah, tapi mereka yang lihat mungkin lain.

“Bagi peminat yang boleh berfikir seperti kami, ia memang tidak ada masalah, tapi bagi mereka yang sebaliknya membuatkan situasi menjadi lebih rumit. Sebab itu saya harap peminat lebih berfikir positif,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman program Stailista Unplugged di TV9, baru-baru ini.

Tambah Siti, walaupun kontroversi itu turut menimpa dirinya, dia masih bersyukur kerana masih ada peminat yang memahami situasinya.

“Saya bersyukur kerana saya ada peminat yang memahami dan boleh bersuara. Dalam situasi ini  peminat saya yang ke depan dan itu adalah kelebihan seseorang artis yang ada peminat setia.

“Tapi ada apa yang perlu saya tegur, saya tegur secara general. Selebihnya terpulang pada mereka sendiri. Kalau fikir negatif jadi negatiflah,” tegasnya.

iskandarX: Datuk jangan dok heran, laman social tu kan tempat segala tok nenek wartawan dan kaki gossip cari bahan dorang? Setiap huruf yang di terbitkan oleh seorang artis tu adalah ramuan untuk gossip penawar atau pun gossip racun.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers