Hayati bacaan Al-Quran menerusi Qari junior

WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hayati, bacaan, Al-Quran, menerusi, Qari junior
Qari Junior Evolusi Huffaz, TV3, Pukul 6.30 petang


SEMPENA menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, Qari Junior: Evolusi Huffaz kembali untuk musim kedua.

Program 30 minit yang berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang di TV3 ini, menampilkan finalis Da’i, Mohammad Tajdid Hadhari Romli sebagai pengacara.

Bertujuan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat kemahiran kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci al-Quran, program 19 episod ini, turut mengajak penonton mendekatkan diri dengan al-Quran.

Menurut Penerbitnya, Shukri Haji Ibrahim, kejayaan musim lalu memberi peluang kepada pihak produksi kembali dengan musim baru.

"Konsep dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini dan segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Malah  peserta diberi pendedahan baru dengan mengikuti kelas tajwid selama lima hari sebelum bertanding.

“Selain dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjadi Qari yang terunggul, kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior Evolusi Huffaz mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis Qari kelak”, kata Shukri.

Qari Junior Evolusi Huffaz menyaksikan persaingan antara peserta Muhammad Amnan Muhammad Sani (10 Tahun), Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi (11 Tahun), Mohd Aribfuddin Mohd Ali Ridza (11 Tahun), Nadiyya Muhammad Lukman (12 Tahun), Muhammad Hafiz Muhammad Lukman (10 Tahun), Mohd Yusof Johari (12 Tahun), Saiful Hadi Baharin (11 Tahun), Durrani Afiqah Kamarazaman (10 Tahun), Tuan Muaz Uzair Tuan Mazlan (7 Tahun) dan Nasrin Afrina Nizam Amiza (12 Tahun).

Kesemua peserta akan dinilai juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi, sijil dan baucar penginapan di Sibu Island Resort Johor selama tiga hari dua malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers