Ramadan: TV3 saji 5 program masakan

WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ramadhan, TV3, Saji, 5, Program, Masakan
Nik Michael dan Neelofa sedang berkongsi tip
masakan dalam Dapur Panas. - Foto ihsan TV3

TV3 saji 5 program masakan


SEMPENA bulan Ramadan yang baru tiba, TV3 menyajikan lima program masakan khas buat penontonnya.

Program tersebut dilihat akan membantu penontonnya dalam menyediakan sajian berbuka puasa yang seimbang di sepanjang bulan Ramadan.

Selera, Sarapan, Moreh, Dapur Panas dan Ini Caranya bakal bersiaran bermula Sabtu ini hingga 5 Ogos nanti.

Program masakan, Selera yang dihoskan oleh Lya Uzir bakal menemui penonton setiap Sabtu pada jam 9 pagi.

Lya akan berkongsi resipi dan tip dalam menyediakan juadah khas sempena Ramadan serta Aidilfitri nanti.

Antaranya Magical Melty Cheese Nachos, Lemon & Blueberry Duets, Magic Wishing Wands, Crispy Almond Cookies dan banyak lagi.

Sementara itu, program Sarapan yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9 pagi pula bakal membawa penonton melihat demo masakan dan gaya hidup pada bulan puasa.

Rancangan yang dihoskan oleh Hisham Hamzah ini juga akan membawa menayangkan beberapa aktiviti menarik seperti menangkap ikan menggunakan jaring hanyut, cara pemprosesan buah kopi serta tip membuat sarung cempedak.

Danny Anwa pula akan mengacarakan program Moreh yang bersiaran pada jam 5 petang, setiap Ahad.

Penonton akan dibawa meninjau hidangan kuih-muih dari negeri-negeri seperti Terengganu dan Perak.

Selain itu, program Dapur Panas yang menampilkan Neelofa dan Chef Nik Michael akan menunjukkan resipi untuk hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Bersiaran pada jam 6.30 petang hari yang sama, penonton turut diajar petua memasak menggunakan bahan masakan mengikut kesesuaian dalam masakan.

Program Ini Caranya pula akan dihoskan oleh chef terkenal, Chef Ismail setiap Isnin pada jam 5 petang di mana beliau cuba tampil dengan kelainan apabila cuba mengetengahkan konsep ‘Take Home Chef’.

Chef Ismail akan memilih orang awam secara spontan untuk bersama-sama menyumbang idea memasak dan resipi di dapur rumah individu tersebut.

Turut diselitkan tip-tip pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat oleh Chef Ismail bersama tetamunya sebelum memulakan demo masakan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers