Ainan Tasneem penuhi permintaan peminat

NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: MOHD FAIS LASIM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, penuhi, permintaan, peminat
Ainan Tasneem Bersama Bapanya

Perjalanan Sebagai Anak Seni - Ainan Tasneem 


MULA dikenali dalam industri muzik tempatan dengan single hitnya, Aku Suka Dia, penyanyi kelahiran Youtube, Ainan Tasneem kini tampil dengan album mini pertamanya.

Pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan, 21, berkata, album mini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang tertunggu-tunggu kehadiran buah tangannya itu.

Ainan Tasneem Penuhi Permintaan Peminat


"Kenapa saya tampil dengan album mini ini kerana sudah ramai peminat yang bertanya mengenai album saya dan dalam masa yang singkat kami tidak sempat untuk keluarkan album penuh.

"Tapi dalam perancangan saya akan tampil album penuh pada akhir tahun. Setakat ini dua lagu telah siap dirakam dan kami cuma menunggu untuk tiga lagu lagi untuk siapkan album itu.

"Mungkin untuk album penuh itu, saya cuba pelbagaikan genre yang lebih menarik," jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran album Aku Suka Dia di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai album mininya itu, Ainan memberitahu, selain memuatkan single hitsnya, Aku Suka Dia yang menerima lebih 1 juta tontonan di Youtube, album terbitan syarikat MVM Productions itu turut memuatkan beberapa lagu ciptaannya.

"Dalam lima lagu yang dimuatkan dalam album ini, empat darinya ciptaan saya sendiri iaitu Aku Suka Dia, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

"Satu lagi lagu ciptaan penyanyi Fynn Jamal, 150 juta yang merupakan single kedua saya dalam album ini.

"Dengan lagu yang ada, saya harap peminat sudah lama menantikan kemunculan album ini terhibur," ujarnya.

Bapa letak syarat


Menyentuh mengenai perjalanan kariernya, Ainan memberitahu, selain menghasilkan lagu lebih berkualiti pada masa akan datang, dia turut berhasrat menyanyikan lagu dari komposer lain.

"Saya akui lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini memiliki lirik yang terlalu ringkas. Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu ini saya cipta sejak saya berada di bangku sekolah lagi.

"Mungkin selepas ini Ainan akan menghasilkan karya-karya yang lebih matang dan pada masa yang sama akan menerima lagu-lagu daripada komposer lain untuk tampil berlainan.

"Kalau boleh, saya mahu menjadi lebih versatil dengan menyanyi lagu-lagu yang berlainan," katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu akui pada awalnya dia keberatan untuk memberi kebenaran terhadap anaknya untuk terlibat secara serius dalam nyanyian.

Sejarah Pelajaran Ainan Tasneem


Katanya, sebelum ini dia lebih selesa melihat anaknya memberi sepenuh perhatian terhadap pengajian dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis.

"Pada awalnya, memang saya melarang Ainan untuk melibatkan diri dalam bidang muzik, tapi setelah melihat penerimaan peminat, saya yakin Ainan akan menjadi contoh remaja yang baik, jadi saya benarkan dia terus berkecimpung dalam bidang ini.

"Bagaimanapun, saya masih meletakkan syarat supaya Ainan sentiasa menjaga maruahnya, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi,” jelasnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers