Mawi dan Ekin - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
SETELAH lapan bulan memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan Unequein, pasangan selebriti popular, Mawi dan Ekin kini melangkah setapak lagi.
Mawi dan Ekin bersama anak mereka Cahaya Malaika. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
Mencuba pasaran produk minuman, Mawi dan Ekin tampil memperkenalkan air minuman berkarbonat di bawah label Uniquein.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, dia turut menyasarkan 1,500 karton air dijual sehingga musim perayaan ini.
"Alhamdulillah, akhirnya produk terkini kami telah dipasarkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan walaupun hanya menggunakan laman sosial sahaja untuk mempromosikan produk ini.
"Kami memiliki tujuh jenis air termasuk perisa anggur, buah-buahan, cola, soda, oren, strawberi dan sarsi. Memandangkan produk kami sememangnya mementingkan kesihatan, air berkarbonat ini juga kurang gula dan gas.
"Malah, dari segi harga juga, air berkarbonat kami di antara produk yang paling murah iaitu RM2.60 sebotol dan RM30 untuk satu karbon yang berisi 12 botol air," katanya ketika ditemui di pejabat urusannya di Bangi.
Fokus perniagaan
Walaupun Ekin pernah dikenali sebagai pelakon satu ketika dahulu, namun akui Ekin, jiwanya lebih menjurus kepada bidang perniagaan. Malah, dia sanggup kerja keras demi keluarga tercinta.
Tambah Ekin lagi, walaupun kurang setahun menguruskan perniagaan, namun penerimaan daripada masyarakat sangat memberangsangkan.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan sambutan daripada pelanggan. Sejak menguruskan perniagaan, saya memang fokus kepada bidang ini sahaja.
"Memang saya dah niat memang nak berhenti daripada berlakon dan sejak awal lagi minat saya berniaga.
"Jiwa saya lebih kepada perniagaan dan Uniquein adalah jiwa sebenar saya. Saya seronok dengan bidang ini dan kami akan memperkenalkan produk terbaru tidak lama lagi," kata ibu kepada seorang cahaya mata, Cahaya Malaika, 17 bulan.
Selesa dengan kanak-kanak
Bertanya mengenai perkembangan seni, Mawi memberitahu, dia akan terlibat dalam beberapa program di Astro Ceria.
Akui Mawi, sejak dipilih sebagai juri tetap program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar, dia sedar bahawa jiwanya lebih selesa berada di kalangan si kecil.
"Sepanjang Ramadan ini, saya akan mengendalikan rancangan Cerianya Ramadan, setiap hari jam 11.55 pagi, di mana saya akan ditugaskan untuk menjawab 30 soalan daripada kanak-kanak mengenai soalan remeh
berkenaan puasa.
"Mungkin ianya nampak mudah, namun saya akui kesukaran menerangkan perkara itu untuk pemahaman kanak-kanak bukanlah semudah disangka.
"Pun begitu, saya lebih selesa dengan kanak-kanak dan melayan karenah mereka," katanya yang bakal tampil dengan dua single hasil kolaborasi bersama Jeff A To Z dan Datuk AC Mizal.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.