Kisah Datuk Bahaman dipentaskan

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kisah, Datuk Bahaman, dipentaskan


HULU TERENGGANU - Kumpulan Teater Rimba dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu akan menampilkan persembahan sejarah Datuk Bahaman pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2013 Oktober ini.
   
Kumpulan teater yang menjuarai pertandingan peringkat negeri itu akan mewakili Terengganu pada pertandingan peringkat kebangsaan.
   
Ketua pegawai kebudayaan politeknik itu Normala Ahmad berkata kejayaan kumpulan itu adalah hasil usaha gigih mereka berlatih dalam tempoh sebulan lepas.
   
"Kami akan menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diperoleh untuk membeli beberapa peralatan dan kostum untuk pertandingan akhir itu nanti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Poziah Abdul Rahman di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.
   
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Azizah Awang.
   
Tempat kedua dimenangi kumpulan Pawana Sang Arjuna dari Besut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta sijil dan tempat ketiga ialah Kumpulan Tok Ayah Sedih Lagi dari Setiu yang membawa pulang RM800 beserta sijil.
   
Tiga kumpulan dari Kuala Terengganu, Kemaman dan Hulu Terengganu menerima hadiah saguhati yang masing-masing membawa pulang RM500 beserta sijil. - Bernama

Comments

  1. mmg bagus kisah2 pahlawan camni dipentaskan...nak best buat filem lah terus...ini asyik citer rempit je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kebanyakkan skang nie cita remput, gengster, mat bunga, cerita pahlawan nie dah macam nak pupus pulak is tengok, patutnya kita semua cucuk Ahmad Idham suruh dia buat cerita pendekar2 nie, merepek pun tak per janji angkat persilatan Melayu kita balik, setuju tak?

      Delete
  2. Replies
    1. ya memang best lagi best kalau di filemkan dengan jalan cerita yang tiada tokok tambah macam puteri gunung ledang tu.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers