Tuah JS belajar bahasa Melayu

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, JS, belajar, Bahasa Melayu
JS akui suka Hanez Suraya tapi bukan cinta. -
Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
2 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, JS, belajar, Bahasa Melayu
Hanez Suraya banyak bantu JS sepanjang penggambaran Autumn Di Hatiku. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

BELAJAR bahasa Melayu selama setahun nampaknya memberi tuah kepada pemuda asal Korea Selatan ini untuk membina kerjaya di Malaysia.

Kim Jin Sung atau lebih mesra dengan panggilan JS bakal tampil dalam drama bersiri terbaru berjudul Autumn Di Hatiku bergandingan dengan pelakon cantik, Hanez Suraya.

"Saya belajar bahasa Melayu selama setahun tapi saya hanya boleh berbahasa Melayu sedikit saja.

"Bagi saya, bahasa Melayu itu istimewa dan unik. Malaysia semakin lama semakin berkembang, jadi, saya pilih bahasa ibunda negara ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada  Majlis Pelancaran dan Sidang Media Drama Bersiri Autumn Di Hatiku.

JS menambah, "saya belajar bahasa Melayu bukan kerana mahu berlakon. Sebelum berlakon lagi, saya sudah belajar bahasa tersebut di universiti."

Kebolehan JS berbahasa Melayu menarik perhatian dua pengarah drama tersebut, MJ Woo dan Edmund Yeo yang ketika itu sedang mencari watak utama bagi drama bersiri tersebut.

JS akui mengalami kesukaran ketika mendalami skrip drama bersiri itu.

"Saya rasa susah untuk memahami karakter sebagai Autumn dan menghafal skrip sebab sebutan dalam bahasa Melayu.

"Saya juga mengalami kesukaran untuk menyesuaikan emosi mengikut skrip," katanya yang menerima tawaran berlakon itu kerana mahu mendapat pengalaman baru.

Setelah merasai sendiri pengalaman bekerja dengan produksi di tempatan, JS akui mahu berlakon lagi di Malaysia.

Selain berlakon, JS juga aktif dalam bidang peragaan.

Pemuda asal Busan, Korea Selatan ini sudah berada di negara ini selama dua bulan.

Drama genre romantik komedi ini bakal menemui penonton pada 3 Julai ini di portal video, Tonton pada jam 12 tengah hari.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers