'Autumn Di Hatiku' Tidak Cedok Drama Korea

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 'Autumn Di Hatiku', Tidak, Cedok, Drama, Korea
Drama Autumn Di Hatiku lebih istimewa kerana
ia turut menampilkan pelakon Korea
Kim Jin Sungm (kanan) sebagai pelakon utama
disamping Hanez Suraya. Foto Zulkarnain Roslan.


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Drama Autumn Di Hatiku tidak ‘mencedok’ atau mengadaptasi mana-mana drama dari negara Korea popular yang ditayangkan di negara ini termasuk Autumn In My Heart.

Pengarahnya, MJ Woo berkata, drama komedi romantik ini mempunyai jalan cerita yang direka khas untuk masyarakat Malaysia yang meminati industri hiburan di negara Korea Selatan itu.

"Autumn Di Hatiku tiada kena mengena atau diambil daripada mana-mana drama Korea popular.

"Walaupun tajuk sahaja sama tapi jalan cerita lain, ini drama komedi bukan sedih seperti drama Korea itu.

"Kita pilih nama Autumn kerana ia sinonim dengan Korea," katanya pada sidang media pelancaran drama berkenaan di sini, Isnin.

Drama 28 episod ini akan disiarkan di portal Tonton bermula Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.

Tambah MJ Woo, lebih istimewa drama ini bakal memperkenalkan pelakon Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung sebagai pelakon utama di samping Hanez Suraya dan Aiman Hakim.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 'Autumn Di Hatiku', Tidak, Cedok, Drama, Korea
Selain Jin Sung dan Hanes, drama Autumn Di Hatiku turut membariskan pelakon seperti
Ezzaty Abdulla (kiri) dan Anas Ridzuan (kanan).


"Pemilihan Kim Jin Sung melalui uji bakat video yang kita lakukan di Korea dan keistimewaan Kim Jin Sung adalah kerana dia boleh berbahasa Malaysia dengan baik.

"Dia merupakan model dan pelakon di sana dan pernah mengambil kursus bahasa Malaysia di universiti tempat dia belajar," katanya.

Ditanya tentang perbelanjaan drama web pertama ini, katanya ia melibatkan sejumlah kos yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti video yang setanding dengan filem.

"Perbelanjaan pembikinan drama ini berpatutan dengan hasilnya yang setanding dengan kualiti sesebuah filem," ujarnya.

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum.

Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.

Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari, menerusi laman berkenaan.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers