NOR RAIDAH AWANG
19 Jun 2013
KEPUTUSAN Rossa hanya mengenakan tudung dalam tempoh 40 hari setelah kembalinya dari menunaikan haji hujung tahun lalu, nyata mengundang kritikan banyak pihak.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ayat-Ayat Cinta ini tidak sedikit pun melatah, apatah lagi mahu menyalahkan pihak yang mengkritiknya.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, ini menyifatkan setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya sekadar tanda prihatin terhadap dirinya.
"Saya akui semenjak pulang dari Makkah, hati saya cukup berat untuk membuka tudung, apatah lagi saya sudah bertudung sejak beberapa minggu selepas berlepas ke Tanah Suci.
"Bukan saya tidak mahu bertudung sepenuhnya, tetapi sebelum saya menunaikan haji, saya ada perjanjian dengan pelbagai pihak dan ia membuatkan saya belum boleh memakai tudung.
"Saya juga berharap masyarakat dapat menilai dari sudut positif, saya akui sememangnya setiap orang yang menjalani ibadah haji sepatutnya melakukan perubahan ke arah kebaikan," katanya yang ditemui pada konsert Jakarta 2013 bersama Pasha Ungu, baru-baru ini.
Rossa berkata, biarpun tidak mengenakan hijab sepenuhnya, namun dia kini tampil dengan imej lebih sopan berbanding dahulu.
"Saya tidak kecewa dengan kritikan yang mereka berikan kepada saya kerana setiap kritikan yang diterima, saya anggap sebagai nasihat kerana mereka sayangkan saya.
"Saya juga berharap dapat berhijab sepenuhnya selepas ini nanti, Insya-ALLAH," katanya.
Ubat rindu peminat
Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan seninya, penyanyi yang mempunyai mirip Datuk Siti Nurhaliza ini sempat berkongsi khabar gembira buat peminat setianya.
Rossa berkata, dia akan tampil dengan single terbaru, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang telah lama menantikan lagu baru daripadanya.
"Buat masa ini, saya sedang menyiapkan lagu terbaru. Kalau tiada halangan Insya-ALLAH pada hujung tahun ini saya akan mengeluarkan lagu tersebut.
"Konsep lagu tersebut masih dalam persiapan, bila segalanya siap saya akan umumkan nanti.
"Dalam pembikinan lagu baru ada menyelitkan lagu duet saya dengan artis Indonesia yang namanya tidak boleh diumumkan lagi," ujarnya yang sebelum ini pernah menggondol trofi Penyanyi Pop Solo Wanita Terbaik AMI Awards 2001, 2005 dan 2008,
Menurut Rossa, selepas berakhirnya program X Factor Indonesia, dia banyak menerima undangan pelbagai pihak.
"Saya rasa bersyukur tawaran nyanyian juga banyak yang diterima, apa masa sekarang saya akan meningkatkan lagi prestasi dalam bidang ini," katanya.
Soal kahwin
Tidak lengkap rasanya andai tidak menyentuh mengenai kisah peribadinya. Selepas rumah tangga yang dibina bersama pemain drum kumpulan Padi, Yoyo terkandas di tengah jalan, Rossa kini dikatakan sudah pun menemui pengganti.
Bagaimanapun ujar Rossa, dia masih belum bersedia untuk kembali berumah tangga biarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal.
"Saya tidak tahu bila akan berkahwin, soal jodoh saya serahkan kepada ALLAH, kalau ada jodoh saya bersamanya saya akan terima.
"Apa yang saya fikirkan buat masa ini adalah fokus utama kepada karier nyanyian terlebih dahulu, saya juga akui dia seorang lelaki yang baik," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.