Faisal Ishak dan isterinya, Umie Isa. |
PETALING JAYA: Pengarah filem Faisal Ishak mengakui bukan mudah untuk bekerjasama dengan isteri sendiri, iaitu penulis skrip Umie Isa apatah lagi jika mereka terlibat dalam sebuah produksi yang sama.
Faisal berkata, berdasarkan pengalamannya, pertelingkahan akan berlaku apabila masing-masing mempunyai perbezaan pendapat dan ketegangan itu boleh berlarutan sehingga di luar waktu kerja.
"Kerja dengan isteri sendiri buatkan diri masing-masing menjadi tertekan. Lebih teruk lagi apabila pergaduhan itu dibawa sampai ke rumah. Mungkin kerana masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing," selorohnya.
Faisal ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Ummi di Sri Pentas TV3 di sini pada Selasa.
Sebelum ini Faisal dan isterinya pernah bekerjasama menerusi drama Impak Minima lima tahun lalu.
Tambah Faisal kerana pengalaman itu dia mengambil pendekatan untuk bekerja dengan isterinya menerusi drama Ummi.
"Kami memiliki pemikiran yang sangat berbeza. Memandangkan pengarah dan penulis skrip saling memerlukan dalam memberi visual cerita, keserasian amat diperlukan.
"Bagaimanapun Alhamdulillah, kali ini saya dan isteri telah jumpa satu titik keserasian dalam mengembangkan idea dalam drama Ummi," ujarnya.
Selain Ummi, drama terbitan Filmacape Sdn Bhd itu turut mendapat sentuhan skrip Amrul Hadi.
Ia membariskan pelakon Umie Aida sebagai watak Ummi, Khyreena Kemal (Chonel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish).
Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Ummi yang telah ditinggalkan suami selain terpaksa menjaga tiga kanak-kanak iaitu Comel, Danish dan Amir yang tiada pertalian darah dengannya.
Ummi, bakal disiarkan setiap Ahad di TV3 bermula 30 Jun ini, pukul 9 malam.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.