Seniman Tunggu Laporan Bertulis Ezany Sebelum Bertindak

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Zed masih menanti laporan lengkap bertulis daripada Ezany sebelum mengambil sebarang tindakan.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) masih menunggu laporan lengkap daripada pelakon Ezany Nizariff ekoran laporan polis pelakon itu yang mendakwa tidak menerima baki bayaran tertunggak daripada syarikat produksi NR Network menerusi drama Titian Dua.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan sekiranya Ezany gagal menghantar laporan tersebut kepada Biro Aduan dan Perundangan persatuan itu kerana pihaknya perlu meneliti fakta kes berkenaan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

"Saya mengetahui masalah tersebut ketika Ezany memberitahu saya secara lisan sebelum ini tetapi Seniman perlukan satu laporan bertulis tentang masalah yang berlaku.

"Pihak biro perlu meneliti terlebih dahulu kontrak, masalah yang wujud berserta dokumen-dokumen berkaitan sebelum membuat sebarang tindakan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Ezany mendakwa telah menghantar dua laporan bertulis kepada Seniman berhubung masalah yang dihadapinya.

Ezany bersama enam orang kru produksi pada Isnin lalu membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu.

Ezany bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Zed berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera selepas menerima laporan tersebut dan meminta Ezany menyerahkan segera maklumat berkenaan kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman secepat mungkin.

"Seperti mana kes-kes lain, kita akan mengambil tindakan segera dan tidak terkecuali kes Ezany cuma kami perlukan laporan bertulis daripadanya," jelas Zed.

Sementara itu, Ezany yang dihubungi berkata, dia telah menghantar dua laporan bertulis kepada Seniman beberapa bulan lalu ketika dia dilanda isu disenaraihitamkan oleh sebuah stesen televisyen tanpa sebarang sebab munasabah.

Bagaimanapun kata Ezany, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh pihak persatuan sehingga menyebabkan dia membuat laporan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) untuk meminta bantuan.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Ezany bersama kru-kru produksi yang membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Serdang pada Isnin lalu.

"Saya sudah menghantar dua laporan bertulis termasuk isu tidak dibayar oleh NR Network kepada Seniman ketika berjumpa pihak mereka sebelum ini bagi berbincang mengenai isu saya disenaraihitamkan oleh sebuah stesen TV namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Malah saya masih ada menyimpan salinan laporan berkenaan di rumah," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, Ezany berkata, buat masa ini dia masih belum menerima haknya namun berharap ia dapat diselesaikan dengan baik dalam masa terdekat.

Jelas Ezany, dia tidak berniat untuk memperbesarkan kes itu cuma ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan haknya sebagai pelakon.

"Sebelum ini saya telefon dan SMS tidak dilayan dan pihak produksi enggan berbincang dan terpaksa membuat laporan polis kerana dengan cara itu sahaja untuk mendapatkan hak saya," jelasnya.

Comments

  1. Replies
    1. penerbit tak bayar hutang tertunggak lagi tu yang Ezany hot tu.

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih sebab sudi singgah dan komen blog is.

      Delete
  3. Informasi yang menarik untuk diketahui disini
    terima kasih banyak sudah berbagi sahabat
    selamat malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog is ya?

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers