Koleksi setem dan filateli burung belatuk

Kakitangan PosNiaga, Shafida Md. Sharif menunjukkan koleksi setem pertama tahun 2013 Burung Belatuk semasa majlis pengenalannya kepada media di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN/FAIZAL JAWI


11/01/2013 8:17pm


KUALA LUMPUR— Pos Malaysia Berhad (PMB) akan mengeluarkan setem dan filateli terbaharu bertemakan ‘Keunikan Burung Belatuk’ di Malaysia dan Asia yang akan mula dijual Isnin ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli PMB, Yasmin Ramli berkata, setem yang memaparkan empat jenis burung belatuk iaitu Belatuk Merah, Belatuk Pinang Muda, Belatuk Kecil Tengkuk Kuning serta Belatuk Gajah merupakan koleksi terhad dan yang pertama kali dikeluarkan.

"Burung belatuk dipilih kerana mempunyai ciri-ciri istimewa seperti jambul yang unik serta paruh tajam dan keluaran ini juga untuk menyedarkan masyarakat tentang keunikan spesies flora dan fauna,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PMB di sini, hari ini.

Yasmin berkata, bagi pejabat pos yang beroperasi pada Ahad seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu, koleksi itu akan mula dijual pada hari berkenaan.

Beliau berkata, setem bersaiz 30mm x 40mm itu dicetak sebanyak 20 setem sehelai pada kertas tera air SPM bersalut fosfor berharga RM12 bagi Belatuk Merah, Belatuk Pinang Muda (RM16), Belatuk Tengkuk Kuning (RM20) dan lembaran mini Belatuk Gajah (RM5).— BERNAMA

Comments

  1. waa,sape yg minat mengumpul setem boleh la beli yg terbaru nie..cantik juga gambar2 dia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm Liyana suka tak? is suka kumpul setem, setem umur 50 tahun is ada. tapi kat rumah tokwan is.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers