Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang

Kathavarayan, nafi, mohon, perlindungan, kerana, wang, Shah Alam, Tertuduh, keempat, dalam, perbicaraan, kes, bunuh, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, R. Kathavarayan, 32, Jenayah, Malaysia
Kathavarayan

SHAH ALAM - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menafikan dia memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan.

R. Kathavarayan, 32, ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan juga menafikan cadangan peguam itu bahawa dia berbuat demikian selepas tidak berjaya mendapatkan wang daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.

Sebaliknya tertuduh keempat itu berkata, dia memohon untuk berada di bawah program itu kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Amer Hamzah: Kamu tahu atau tidak, di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, keluarga kamu boleh diberikan bantuan kewangan?

Kathavarayan: Tidak tahu.

Amer Hamzah: Saya katakan pada kamu, selepas kamu tidak berjaya dapatkan wang daripada Pathmanabhan kamu memutuskan untuk memohon program perlindungan saksi untuk dapatkan bantuan kewangan dan lain-lain.

Kathavarayan: Tidak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers