PETALING JAYA – Nombor plat WWW 1 yang kini menjadi milik Sultan Johor akan digunakan ke atas kereta nasional.
Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar telah memutuskan untuk meletakkannya pada sebuah kereta Proton yang baru baginda beli.
Sebelum ini Sultan Ibrahim berjaya membida nombor WWW 1 itu pada harga RM520,000 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menggunakan wang peribadi baginda sendiri.
Adalah difahamkan juga, kereta Proton tersebut adalah sebuah kereta yang ditempa khas oleh Sultan Ibrahim untuk kegunaan salah seorang putera baginda.
Kereta Proton tersebut telah dibeli oleh Sultan Ibrahim beberapa bulan yang lalu tetapi masih belum membawanya pulang ke Johor Baharu.
Jelas sumber itu lagi, kereta Proton berkenaan akan tiba di Istana Pelangi, Johor Baharu dalam tempoh seminggu lagi.
Ia kini sedang di dalam proses pengubahsuaian hiasan dalaman sebelum diserahkan kepada Sultan Ibrahim.
Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan “D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Johor” telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.
Jumlah RM520,000 yang dibayar oleh baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal.
Bidaan tertinggi untuk nombor plat satu digit sebelum ini adalah untuk nombor MCA 1, yang berjaya dijual oleh JPJ pada harga RM300,100 dua tahun yang lalu.
Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang pengemar dan pengumpul kereta sports dan juga motosikal berkuasa tinggi.
Baginda juga gemar mengumpul nombor-nombor plat yang memiliki satu digit antaranya yang dimiliki oleh baginda ialah JJJ 1, JJ 1 dan JJ 2. – mStar Online
Korang ada masalah ker kalau Sulltan tu suka kumpul nombor plat sekalipun? Dia Sultan bro, bukan orang biasa. Kalau korang suka benda tu dan benda tu susah mau dapat apa korang buat? Mesti tempah dulu kan? Masalahnya barang tu pulak hanya satu-satunya mesti la ada orang buat bidaan, so harga dia akan melambung, betul atau tidak?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.