Pelakon Dipanggil Tuan, Bawa 10 Pengawal Pulak Dah


KUALA LUMPUR, 25 JUN 2012: Selepas kecoh dengan kisah artis baru yang tak sudah-sudah dilanda masalah dan kontroversi, Murai Batu terdengar pula cerita mengenai seorang artis senior yang cukup aktif dalam sebuah pertubuhan bagi menegakkan hak artis.



Sudah beberapa kali pelakon ini menyuarakan haknya dalam membela nasib golongan artis yang ditindas dan tidak kurang juga suaranya yang sering kedengaran menyelar perilaku artis yang tidak baik dan bermasalah.


Pelakon ini dilihat menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dan Murai Batu tabik kepada pelakon ini kerana kegigihannya membawa jawatan dan mandat yang telah diberikan.


Tapi yang kurang sedap mengenainya baru-baru ini, Murai Batu dengar khabarnya dia sudah naik tocang apabila salah menggunakan kuasa yang diberikan.


Pada sebuah acara yang melibatkan ramai artis baru-baru ini, pelakon ini tampil dengan 10 orang pengawal yang memanggilnya 'tuan' telah menyatakan perasaan yang kurang senang apabila para selebriti menerima tawaran membuat persembahan pada kadar bayaran yang sangat rendah.


Namun begitu, ada para selebriti yang terlibat memberitahu bahawa mereka tidak kisah dengan bayaran yang diberikan kerana ia merupakan aktiviti amal yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan.


Kalau sebelum ini ramai yang tabik dengan cara dia mengendalikan masalah yang melibatkan artis, tetapi perkara terbaru seperti ini seolah-oleh dia sudah gila kuasa.


Murai Batu pun hairan, bukankah kalau aktiviti amal ada yang tidak berbayar? Apatah lagi ini adalah acara yang dianjurkan bagi memberi peluang dan membela nasib artis yang tertindas. Rasa macam keliru pula dengan perjuangan pelakon seorang ini.


Murai Batu weyy dok heran apa? dorang ada duit sebab tu leh upah pengawl peribadi, tapi kalau Murai Batu nak tau aku pun penah jadi Pengawal Peribadi gak untuk VVIP. Murai Batu nak ke aku tolong "Kawalkan' Murai?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers