Scha Alyahya Anggap Memang Perlu PKP Dilonggarkan

Scha Alyahya Anggap Memang Perlu PKP Dilonggarkan | Jika sebelum ini kita dapat lihat beberapa selebriti popular di Malaysia menyuarakan pendapat tidak setuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

Rata-rata mereka berpendapat mahu untuk kekal duduk di rumah walaupun kerajaan memberi kelonggaran menjalani aktiviti luar. Namun begitu,  PKPB yang dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sebaliknya, pelakon dan pengacara Scha Alyahya mempunyai pandangannya sendiri terhadap isu ini. Menurut isteri kepasa Awal Ashaari ini, PKPB perlu dilaksanakan bagi memberi keseimbangan kepada ekonomi dan menangani Covid-19.

Scha Alyahya Anggap Memang Perlu PKP Dilonggarkan | Jika sebelum ini kita dapat lihat beberapa selebriti popular di Malaysia menyuarakan pendapat tidak setuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

“Saya sedar ramai yang bimbang apabila kerajaan memutuskan untuk PKP dilonggarkan. Risau kalau kes akan terus meninggkat selepas ia dilaksanakan. Tapu saya juga faham, ia sangat perlu kita kena cari jalan untuk seimbangkan antara memperbaiki economi negara dan menangani Covid-19.”

Katanya, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab dan memastikan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

“Tapi apa yang kita boleh buat sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, menjaga penjarakkan sosial, memastikan kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti basuh tangan selalu, guna sanitizer dan memakai topeng muka bila di luar”

“Tapi kita keluar hanya bila perlu! Saya percaya, jika kita buat dengan penuh rasa tanggungjawab, kita boleh lawan pandemik ini. Insyallah. Stay safe.”- tegasnya

Itu adalah pandangan masing-masing, haruslah menghormatinya. Pandangan Scha juga disambut baik oleh pelakon Mira Filzah. Mira dilihat berkongsi semula pandangan Scha ini Menerusi IG Storynya.

Walaubagaimanapun, dalam perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (1/5)  menjelaskan bahawa, terdapat beberapa aktiviti sosial yang membabitkan perhimpunan orang ramai yang mendedahkan kepada risiko jangkitan akan dikecualikan. Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan terus dilaksanakan di kawasan yang masih mencatat kes Covid-19 yang tinggi, iaitu kawasan merah

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers