Faizal Tahir Naik Angin,‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’

Faizal Tahir Naik Angin,‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’ | ‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’- Faizal Tahir Naik Angin Video tersebut telah dikongsi semula oleh penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir di Instagram peribadinya.

Faizal Tahir Naik Angin,‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’ | ‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’- Faizal Tahir Naik Angin Video tersebut telah dikongsi semula oleh penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir di Instagram peribadinya.

Sesuatu yang tak di jangka!

Walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepatutnya bermula pada esok, 4 Mei 2020, namun orang ramai sudah mula berpusu-pusu keluar rumah.

Dalam sebuah video yang tular di media sosial, terlihat orang ramai sudah memenuhi restoran. Malah dalam sedutan video yang lain, terlihat ramai yang berlegar-legar di sebuah medan selera di ibu kota.

Hal ini sudah semestinya mencetuskan kebimbangan orang ramai kerana ia sangat berbahaya.

‘Hilang Sabar Tengok Manusia Lahanat Ni’- Faizal Tahir Naik Angin
Video tersebut telah dikongsi semula oleh penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir di Instagram peribadinya. Kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak memikirkan keselamatan orang lain, Faizal naik angin.



View this post on Instagram

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

“Astaghfirullahaladziim ya Allah. Aku tak tau nak cakap apa la tengok video ni.
Saya ni bukannya jenis suka cakap kasar. Tapi mana korang letak korang punya otak eh orang Malaysia?

“Bangang abadi la korang ni tau tak!! Bodoh yang amat. Duduk rumah la bahalol sekalian!! Korang ni tak fikir ke FRONTLINERS kita bergadai nyawa nak putuskan rantaian jangkitan #covid19 ni?

Menurut Faizal, dia kecewa lihat rakyat Malaysia berkumpul ramai-ramai seolah-olah mereka tidak takut kepada Covid 19 .

Malah mereka langsung tidak memikirkan perasaan para frontliner atau barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi jangkitan virus.

“Sungguh aku kecewa la dengan perangai rakyat Malaysia yang tak pakai otak dan tak fikir pasal orang lain ni. Susah saya nak marah tapi kali ni mmg hilang sabar tgk manusia lahanat ni.”-tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, dia berharap kerajaan menarik semula PKPB ini kerana ia sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan.

“Allah bagi akal tak pakai! Kemaruk sangat ke nak keluar shopping bukak puasa??!! TOLONG LA SAYA MINTAK SANGAT PADA @muhyiddinyassin_official TOTAL LOCKDOWN JE MALAYSIA NI!! SEBAB KALAU TAK LOCKDOWN MAKA MEMANG BERAMAI2 LA RAKYAT MALAYSIA LOCKDOWN DALAM KUBUR SELAMA-LAMANYA!! Itu baru betul TOTAL LOCKDOWN!! BO-DOH!”



Mungkin khuawatir  kata-katanya sedikit kasar dan emosi, Faizal dilihat telah menyunting semula kapsyen tersebut selepas beberapa jam ia dimuatnaik.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

PM berkata langkah ini dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers