Noryn Aziz elak kesilapan berulang

Noryn Aziz elak kesilapan berulang, Noryn Aziz, 44, masih mencari karya bersesuaian untuk dijadikan sebagai single terbaharu.


Noryn Aziz elak kesilapan berulang


Noryn Aziz elak kesilapan berulang, Noryn Aziz, 44, masih mencari karya bersesuaian untuk dijadikan sebagai single terbaharu.

Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz berkata, dia mempunyai sikap 'orang lama' yang mahu menghasilkan sesuatu lagu dengan teliti sebagai penyanyi yang membina nama sejak era 1990-an.


"Saya pernah melakukan kesilapan apabila memilih lagu yang tidak bersesuaian dengan jiwa saya. Sudahnya, projek berkenaan tergendala dan saya perlu mengeluarkan duit tambahan untuk merakamkannya semula.

"Saya tak mahu episod lalu berulang kembali, jadi saya mahu cari yang bersesuaian dengan genre saya. Disebabkan itu, saya mengambil masa untuk membuat pilihan lagu," katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi O Realiti itu berkata, dia mempunyai beberapa pilihan lagu daripada komposer Indonesia.



"Saya menerima beberapa karya daripada komposer seberang. Kini, saya dalam proses membuat pilihan lagu yang terbaik.

"Seperti diketahui, genre jazz yang saya bawakan ini tidak mudah untuk diterima stesen radio, jadi saya perlu memilih lagu yang menyelitkan elemen pop seperti yang dilakukan idola saya, Datuk Sheila Majid.

"Selain itu, saya masih menunggu lagu daripada penyanyi, Syamel," katanya.

Noryn Aziz elak kesilapan berulang, Noryn Aziz, 44, masih mencari karya bersesuaian untuk dijadikan sebagai single terbaharu.


Juara program realiti Gegar Vaganza musim kelima itu berkata, dia tidak sabar mahu kembali bekerja.








"Kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi pergerakan masih lagi terhad. Sebelum ini, diakui ramai yang terkejut dengan situasi COVID-19. Alhamdulillah, apabila kerajaan melaksanakan PKPB, saya rasa barulah boleh bernafas.

"Jujurnya, saya lega dapat kembali bekerja. Saya sudah menerima undangan menjayakan program Astro dan beberapa tawaran sebagai duta produk.

"Walaupun sudah boleh keluar bekerja, tetapi kita kena patuh dengan normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya menyambut Syawal di rumah keluarganya di Shah Alam, Selangor.



View this post on Instagram

A post shared by NorynAzizOfficial (@norynaziz) on

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers