Erma Fatima sambung Lock In season kedua
Erma Fatima sambung Lock In season kedua, Erma Fatima menyambung drama pendek dalam talian, Lock In musim kedua selepas sembilan episod lalu mendapat sambutan.
Sekalipun warga seni diminta menghentikan aktiviti penggambaran berikutan penularan pandemik COVID-19, ia tidak menghalang Erma mencetuskan idea menghasilkan drama pendek apabila pelakon bekerja dari rumah masing-masing. Untuk kesinambungan cerita, barisan pelakon yang menjayakan drama Lock In juga bertambah.
Sembilan episod lalu membabitkan pelakon popular seperti Datin Seri Umie Aida, Janna Nick, Neelofa, Nora Danish, Remy Ishak dan Sherry Alhadad. Tak ketinggalan pelakon Indonesia, Baim Wong bersama isteri, Paula Verhoeven dan anak mereka, Kiano Tiger Wong turut serta.
Erma yang bertindak sebagai pengarah turut membintangi drama berdurasi kurang lima minit itu. Ia disiarkan dalam laman Instagram dan YouTube.
"Untuk episod seterusnya, durasi drama Lock In akan lebih panjang daripada sebelum ini. Cabang cerita pun dimasukkan kisah sambutan hari raya. Antara pelakon turut serta termasuklah Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Syafiq Kyle, Syamel, Ernie Zakri, Izzue Islam, Zulin Aziz dan Hun Haqeem," katanya kepada BH Online.
Mengulas idea menghasilkan drama Lock In, Erma berkata, ia terjadi secara spontan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa dan memberi ruang lebih untuk dirinya terus berkarya.
"Secara kebetulan, ada banyak masa terluang, jadi kenapa tidak dimanfaatkan. Sedikit sebanyak boleh menghiburkan pengikut laman sosial yang ketika itu menjalani perintah berkurung di rumah.
"Saya memulakan proses penggambaran sejak minggu kedua tempoh PKP dilaksanakan. Drama Lock In mengangkat kisah satu keluarga yang terpaksa menjalani perintah berkurung. Saya pernah berseloroh sekiranya drama ini mendapat sambutan, saya sambung musim kedua.
"Jadi, saya menunaikan janji menyambung musim kedua selepas drama Lock In dapat perhatian," katanya.
Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia menerusi filem Hati Bukan Kristal pada 1990 itu berkata, projek drama pendek berkenaan bersifat santai dan hanya suka-suka.
"Tiada bayaran diberikan, apatah lagi menjana pendapatan sampingan menerusi kemasukan iklan. Ia dilakukan sekadar suka-suka. Saya lihat cara ini dapat terus mengasah bakat lakonan pelakon.
"Bagaimanapun, projek drama ini bukan satu kerja mudah untuk dilaksanakan. Penghasilan drama ini mungkin nampak mudah, hakikatnya cukup remeh," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.