#COVID19: Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, sederhana dirangka

#COVID19: Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, sederhana dirangka

Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, sederhana dirangka. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah bagi memulihkan ekonomi negara secara bertahap.

Perdana Menteri berkata, perkara itu termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas PKP berakhir.

"Saya sudah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh.

"Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun PKP dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat dalam sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat kerja.

Katanya, kerajaan juga akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang tertakluk kepada syarat ditetapkan.

"Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat.

"Garis panduan serta syarat-syarat yang terperinci akan diberikan kepada para pelabur dan sektor korporat untuk memulakan operasi syarikat masing-masing," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers