Tidak terkejut dituduh ‘kaki perempuan’, penyanyi, Kucaimars mendakwa lebih selesa berdiam diri daripada membalas gosip itu.
Kucaimars atau nama sebenar, Amirul Husyairi Nani, 22, tahu tuduhan itu tular di Twitter apabila diberitahu teman-teman, namun, ia tidak memberi kesan kepadanya.
“Saya bukan pengguna Twitter yang aktif. Saya dapat tahu selepas ramai yang bertanya termasuk kawan-kawan.
“Saya tidak faham apa niat Tweet itu. Sudah menghampiri Ramadan, masih ada yang berbuat perkara yang tidak baik.
“Tidak mengapalah, biarlah dia nak bercakap apa sekalipun. Saya okay sebab tahu dakwaan itu tidak betul.
“Kawan-kawan dan keluarga kenal saya, jadi selagi tidak membabitkan keluarga atau sahabat, saya abaikan sahaja. Kalau ada, baru saya ambil tindakan,” katanya kepada BH Online.
Kucaimars berkata, semakan dibuat mendapati akaun Twitter yang digunakan individu terbabit adalah palsu, malah tidak mempunyai pengikut.
Bertanya sama ada dia pernah mengecewakan mana-mana gadis, bekas peserta musim pertama Big Stage ini tidak menolak faktor itu mungkin menjadi punca dakwaan itu timbul.
“Mungkinlah... Jujurnya memang ada ramai perempuan yang membuat pengakuan kepada saya. Namun, saya tolak kerana saya belum bersedia bercinta.
“Saya ikut pesanan emak untuk mengutamakan kerjaya terlebih dahulu. Apabila kerjaya dan ekonomi sudah stabil, baru fikir soal cinta. Saya sasar untuk berkahwin pada usia 28 tahun atau 29 tahun... Masih jauh lagi ke arah itu,” katanya.
Tenang menghadapi ujian, Kucaimars memberitahu, dia mempersiapkan diri berdepan kontroversi sejak mula berkecimpung dalam dunia hiburan. Lantas, dia boleh menerima segala musibah dengan berlapang dada.
“Bukan saya sahaja, ramai lagi selebriti pernah melalui perkara begini. Ini kali pertama saya terkena, tapi saya tidak terkejut kerana sudah bersedia sejak awal lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kucaimars merancang melancarkan single ketiga, Mudah Bagimu, bulan lalu, namun tertunda akibat penularan COVID-19.
“Lagu dan video muzik sudah siap, hanya hendak lancarkan sahaja. Single ketiga ini istimewa kerana lirik dan lagu adalah ciptaan saya.
“Lagu dicipta berdasarkan pengalaman sendiri iaitu berkisar cinta monyet yang saya pernah lalui. Insya-Allah, jika tiada halangan, single ini dilancarkan selepas Aidilfitri,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.