Jika tanya kepada saya,kenapa saya lantang melawan dan membongkarkan agenda Freemason

Jika tanya kepada saya,kenapa saya lantang melawan dan membongkarkan agenda Freemason,saya cuma akan menjawab supaya tidak ramai orang islam yang tersimpang jauh dari agama.

Saya dah baca tentang Freemason ini sejak dibangku sekolah lagi.Saya membaca kitab2 karangan Ulama tersohor bab Fitan.Banyak tokoh Ulama yang membongkarkan agenda Freemasonary.Tetapi kenapa sekarang baru saya menulis tentang puak Dajjal ini??

Sebabnya gerakan Freemason didalam negara kita semakin membesar.Terbaru,dewan baru Freemason di Bukit Jalil yang didaftarkan atas nama kebajikan.Kerajaan Malaysia meluluskan dewan ini sebagai persatuan kebajikan.

Untuk pengetahuan sahabat2 saya,Freemason sudah bertapak di Malaysia untuk suatu masa yang lama. Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal.Ini kerana menteri ketika itu menolak usul yang dibawa oleh TGNA.

Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.
Amerika sendiri adalah negara Freemason. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini.

Jika diteliti tentang tujuan dan matlamat Freemason Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini.

Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Wallahulam

Jika tanya kepada saya,kenapa saya lantang melawan dan membongkarkan agenda Freemason,saya cuma akan menjawab supaya tidak ramai orang islam yang tersimpang jauh dari agama.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers