Kos pembinaan highway dah lama balik modal, tapi kita akan tetap kena bayar tol utk selama2nya..
harga tol semakin mahal, lepas tu buat statement bayar tol satu jihad, setan mana ajar?
Begitu juga GST akan terus dilaksanakan sehinggalah tiba Fasa 5 iaitu sistem Khilafah. Dikhabarkan cukai GST bakal naik tak lama lg..
Cukai & GST adalah penindasan, tapi ulama2 boneka menyokong..
Takut2 jika dah terbiasa mkn duit syubahah, maka lidah pun berbelit-belit..
Persoalannya. layakkah kerajaan Malaysia kutip cukai? dan apa hukumnya disisi Islam?
Rakyat telah di mind control oleh ramai ulama boneka yg sesuka hati menyamakan malaysia hari ini dgn zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.. begitu juga dgn qoute pendapat imam Nawawi..
Tapi persoalannya ialah,
Adakah layak penguasa kita disandarkan kepada dalil2 Imam Nawawi dan sosok Khalifah Umar Abdul Aziz utk mewajarkan ijtihad yg sudahpun tertutup pintunya ini??
Praktik pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz adakah diikuti sepenuhnya sehingga berasa layak utk kita bersandar dgn ijtihadnya?
Adakah kita dapat masuk dlm ciri2 negara yg Imam Nawawi dimaksudkan sehingga berasa layak nak bersandar kepada ijtihad beliau? Atau Imam Nawawi berlepas diri dari mereka kerana betapa jauhnya mereka dari praktik wajib di zaman beliau pun kita tak buat..
PENCERAHAN....
Dalam islam, ada keadaan cukai terpaksa dikutip, iaitu jika negara dilanda perang atau negara sudah kehabisan hasil bumi.. dan cukai yg dikutip hanya 1 cukai sahaja.. sedangkan malaysia kaya dgn hasil bumi.. haram utk kerajaan kutip cukai.
Apa masalah yg berlaku ketika zaman saidina umar hingga saidina umar berijtihad utk mengutip cukai?
Zaman saidina umar cukai yg dikutip hanya 1 cukai sahaja, kerana darurat. tapi di malaysia ada mcm2 cukai.. cuba kira ada berapa cukai di malaysia?
Inilah sistem perhambaan ciptaan 'mereka'..
Rakyat dijadikan hamba utk menanggung kerajaan dan hutang negara sedangkan pemimpin sentiasa dilimpahi kemewahan!
Zaman saidina umar sbb masa tu islam tgh mengembangkan pengaruhnya dan berlaku peperangan jdi rakyat diminta menyumbang..
di malaysia ada perang sana sini ke? hasil bumi dah habis ke? siapa sebenarnya yg membaham hasil bumi??
SENANG BETUL JADI KERAJAAN.. DAH PANDAI BUAT HUTANG RM740 BILION RAKYAT PULA YANG KENA TANGGUNG !!!
GST satu tanda kegagalan mengurus kewangan negara yg kaya dgn pelbagai hasil bumi.
GST satu tanda cara mudah utk kutip/rompak duit rakyat cover HUTANG KERAJAAN YANG BOROS DAN SENTIASA HIDUP MEWAH..
Apakah Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi bermewah-mewahan seperti DS Najib dan para menterinya?
Sudah tentu Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi SAMA-SAMA SUSAH & SENANG bersama rakyat..
Masalah negara khususnya kewangan juga berpunca dari budaya rasuah, kronisma dan ketirisan kerajaan . Amalan 'You Help Me and I Help You' yg sering dicanang oleh kerajaan adalah bukti betapa teruknya amalan kronisma oleh pemerintah
Lihat video ni :
Setelah melihat video keparat ni, adakah anda rasa wajar kerajaan kutip cukai & GST?
Alaa.. Singapore & Australia ok jer laksana GST..
Hello bro.. Singapore & Australia urus negara mcm mana?.. gaji rakyat dia sama mcm sini ke?. currentcy dorang tahap mana?.. hutang luar dia ada smpai 740 bilion ke bhai..
Singapore & australia x ade sawit x ade balak, lombong biji timah etc,sbb dorg xde dorg pkai GST, tp malaysia smua ade, knp msti nk ade GST?
Lagi satu, Australia & Singapore tu negara Islam ke?
Nak ikut cara pemerintahan Freemason atau cara pemerintahan Rasulullah?
#Democrazy
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.