Ramadhan 1436 Hari Kesembilan

Ramadhan 1436 Hari Kesembilan

Ramadhan 1436 Hari Kesembilan ya sekali lagi memang is terlewat update blog sekarang nie entah mengapa mungkin kerana is dah lali dengan tension connection #Streamyx.

Daripada is tension baik is buat keja lain, eh keja apa pulak la is nak buat kan? Kerja berat dalam bulan puasa nie memang letih aa hehehee iyer lah is nie kalau kerja berat nanti minum air macam unta tapi bulan puasa kan nak minum air tak boleh so is elakkan daripada bekerja berat.

Berat tak berat kalau urgent nak kena buat jugak kerja-kerja luar dari kedai is nie. Tapi dua tiga hari nie is memang penat laa asyik monitor barang yang di pesan tak pos lagi. Bukan barang dari China pun barang yang is beli dari local seller.

Memang penat lerr nak tanya banyak, karang tanya banyak meradang pulak seller, tapi is nie buyer cool, satu hari is tanya seller, Salam, dah pos kah? Dia jawab belum, is jawab ok. Esok tanya balik Salam dah pos kah? Dia jawab otw. So akan keluar soalan kedua bila lepas pukul 6ptg, iyer la kan pejabat pos mana bukak sampai pukul 7.

So dah pukul 6 tanya soalan kedua dah ada tracker number? So seller jawab dah boleh track, is ambik tracker number dan track kat web pos.com.my, tengok status dah ada dan dalam proses. Lega. Hilang penat menunggu yang is menderita dalam seminggu nie.

Ala bukan mahal pun barang yang is beli tu tapi pasal urgent punya pasal so is terpaksa push seller supaya barang is beli tu di pos secepat mungkin.

Is nak testimoni takleh lagi sebab barang lom sampai, so is kena tunggu lah barang yang di pesan sampai dulu nanti is buat testimoni. Ok jumpa lagi, selamat menjalani ibadah puasa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers