Kahwin Disember Ini, Elaine Daly Bawa Tunang Jumpa Keluarga
Kahwin Disember ini, Elaine Daly bawa tunang jumpa keluarga di Melaka untuk bertemu neneknya di sana untuk mendapatkan restu daripada individu kesayangannya itu.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Masih lagi terasa kegembiraan apabila dilamar kekasih hatinya Nick Boden dengan berlatar belakangkan keindahan matahari terbenam di Maldives, pelakon dan pengacara popular Elaine Daly sudahpun merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya pada awal Disember ini.
Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi pagi tadi, Elaine Daly dengan suara yang ceria memberi tahu bahawa dia bakal mengikat tali perkawinan dengan jejaka dari Afrika Selatan itu pada awal Disember ini.
“Saya baru sahaja berbincang dengan Nick tentang majlis perkahwinan kami. Setakat ini apa yang boleh saya katakan, kami akan berkahwin pada awal Disember ini. Bagaimanapun tarikh yang betul masih diputuskan lagi.
“Satu majlis akan kami adakan di Malaysia pada Disember nanti dan kalau tak ada aral melintang, sebuah lagi majlis akan diadakan di Afrika Selatan pada Januari tahun depan pula,” katanya yang tidak mahu lagi berselindung berkenaan hubungannya dengan jejaka itu.
Tambah Elaine Daly, mereka berdua telah memaklumkan berita gembira itu kepada kedua-dua ibu bapa masing-masing sebaik sahaja Nick Boden melamarnya, namun masih perlu memperkenalkan jejaka itu kepada neneknya di Melaka.
Ketika dihubungi portal Murai.com.my, Elaine Daly berkata dia dan Nick sedang memandu menuju ke Melaka untuk bertemu neneknya di sana untuk mendapatkan restu daripada individu kesayangannya itu.
Kata Elaine Daly, ibu bapa Nick Boden kini sedang bercuti di ibu negara dan mereka sudahpun merestui perkahwinan mereka berdua.
Begitu juga dengan kedua-dua ibu bapanya yang ternyata sangat gembira dengan keputusan berkenaan sebaik sahaja diberi tahu.
“Saya masih lagi terkejut dengan lamaran Nick. Mana taknya, hubungan kami masih baru dan tak sangka pula dia sudi melamar saya di lokasi yang saya sifatkan cukup indah dan romantik.
“Semuanya sama sekali tidak dirancang kerana sepatutnya kami ke Pulau Simpadan untuk menjalani aktiviti menyelam tetapi kerana keadaan yang tidak selamat di sana sekarang, jadi kami terpaksa bertukar destinasi lain iaitu ke Maldives pula.
“Nick datang kepada saya, melutut dan kemudian meminta saya untuk menjadi isterinya. Saya rasa cukup terharu dan lebih istimewa lagi dia telah membeli cincin itu sebulan lalu tanpa pengetahuan saya. Saya gembira ianya memang padan dan muat-muat dengan jari saya,” katanya gembira.
Kata Elaine Daly, terlalu ramai teman-temannya yang gembira dengan berita bahagia berkenaan terutama Daphne Iking yang sejak dari awal tahun ini berusaha mencarikan pasangan sesuai untuknya selepas dua tahun sendirian tanpa kekasih.
Namun dia redha kerana takdir telah mempertemukannya dengan jejaka yang sangat memahami dan menyayanginya sepenuh hati.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.