Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya

Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


Baru-baru ini penyanyi rap berimej bersih, Joe Flizzow telah ditimpa kontroversi gara-gara bergambar dengan dua individu yang memakai baju-T dengan tulisan lucah.

Disebabkan insiden itu Joe telah mendapat kritikan dan cemuhan daripada segelintir pelayar laman sosial sebaik sahaja foto itu disebarkan.

“Insiden tersebut menjadikan saya seorang yang lebih berhati-hati selepas ini. Saya akui silap saya pada waktu itu kerana tidak peka dan terus menerima pelawaan mereka untuk bergambar.

“Bagaimanapun selepas menyedari tulisan lucah pada baju-T mereka, saya telah meminta supaya gambar tersebut disimpan dan tidak dimuat naik di mana-mana laman sosial.


Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


“Malangnya permintaan saya tidak diendahkan, saya kecewa dan rasa seperti dipergunakan,” luah Joe kepada Astro Gempak ketika Majlis Minum Petang di Nagaba pada petang Rabu.

Joe turut menjelaskan dia mengenakan baju-T tertera tulisan ‘Jantan’ pada acara fesyen baru-baru ini untuk tujuan promosi sebuah label.


Joe Flizzow: Baju Tulisan Lucah Itu Bukan Rekaan Saya


"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

“Tetapi ada yang salah faham dengan mengatakan baju tersebut rekaan dan keluaran saya. Sehingga ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaan saya.

“Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang T-Shirt selain ‘Havoc’,” akuinya yang turut tertekan dengan insiden tersebut.

Dalam pada itu, dia turut memohon maaf kepada semua peminat dan masyarakat di luar sana kerana kecuaian tersebut.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada anda semua kerana tidak peka dan cuai sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

“Saya juga telah memohon maaf secara terbuka di laman Twitter dan Instagram selepas kejadian tersebut,” ujarnya yang merasakan perkara tersebut telah mencalarkan reputasi dan nama baiknya selama ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers