Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh

Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh


Biarpun sudah sah menjadi isteri yang sah kepada Shawn Rivera,40 sejak 18 Julai lalu, namun penyanyi popular Jaclyn Victor,37 terpaksa akur bahawa mereka perlu melalui perhubungan jarak jauh.

Perkara itu terjadi apabila kedua-dua pengantin baru itu mempunyai komitmen masing-masing yang menyebabkan mereka terpaksa berenggang buat seketika walaupun masih baru sebagai pasangan suami isteri.

Jaclyn Victor ketika ditanya berkenaan perihal itu berkata, suka atau tidak dia terpaksa redha dengan jalinan hubungan berkenaan namun mereka mempunyai perancangan sendiri pada masa akan datang bagi menjamin kebahagaiaan mereka bersama.

“Memang tak banyak bezanya antara selepas atau sebelum berumahtangga, kerana kami memang tidak pernah tinggal bersama.

Jaclyn Victor Pilih Perkahwinan Jarak Jauh
Jaclyn Victor dan Suaminya Shawn Rivera


“Selama setahun setengah mengenali diri masing-masing, kami hanya dapat bertemu sekali-sekala dan hampir setiap hari kami hanya berkomunikasi melalui online dan hanya di situlah kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Jaclyn Victor telah mengejutkan pihak media Selasa lalu dengan mengadakan sebuah majlis khusus di Istana Budaya bagi memperkenalkan suaminya yang juga merupakan vokalis kumpulan Az Yet

Tambah Jaclyn Victor lagi, selepas majlis resepsi secara kecil-kecilan yang akan diadakan di ibu negara September depan, penyanyi Gemilang itu terpaksa akur kerana suaminya itu terpaksa pulang ke  Philadelphia, Amerika Syarikat.

Biarpun masih belum tahu bilakah mereka akan dipertemukan lagi,  namun Jaclyn Victor dan suami positif dan menganggap perpisahan itu adalah bersifat sementara sebelum mereka dikurniakan cahaya mata hasil perhubungan itu.

Apatah lagi menurut Jaclyn Victor, suaminya itu sangat menyukai budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia yang pernuh muhibbah dan sopan-santun terutama dalam soal membina sebuah keluarga.

“Daripada perbincangan kami, nampaknya Shawn lebih suka untuk membina keluarga di Malaysia berbanding di Philadelphia kerana suasana kehidupan di sana sangat berbeza.

“Tengoklah, kalau tiada aral melintang kami merancang untuk memiliki cahayamata sendiri pada penghujung tahun depan,” katanya.

Ikuti video istimewa yang menggandingkan Jaclyn Victor dan Shawn Rivera bersama lagu Getaran Jiwa yang telah menjadi lagu rasmi perkenalan mereka ketika majlis pengumuman di IB baru-baru ini.




Mereka tampil cukup mempersona dalam persalinan tradisional masyarakat India yang telah dibeli Jaclyn Victor di India sebelum majlis pernikahan mereka di The First Unitarian Church of Philadelphia, AS Julai lalu.


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers