Sibu dan Sri Aman catat IPU tidak sihat setakat jam 7 pagi

KUALA LUMPUR: Dua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada jam 7 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang terbabit ialah di Sarawak, iaitu Sibu yang mencatat bacaan IPU 127 dan Sri Aman dengan bacaan 102.

Sembilan belas lagi kawasan mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Nilai (52), Tanjung Malim (55), Pelabuhan Klang (87) dan Petaling Jaya (73).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing. - BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers