Keutamaan Australia ialah dapatkan akses ke tapak nahas MH17 - Abbott

SYDNEY: Keutamaan Australia ketika ini ialah mendapatkan akses ke tapak nahas pesawat MH17 di Ukraine, bukannya mengenakan sekatan ke atas Russia, kata Perdana Menteri, Tony Abbott hari ini.

Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengumumkan sekatan terbaharu dengan menyasarkan sektor kewangan Russia, senjatapi dan tenaga sebagai tindakan terhadap campur tangan Moscow dalam krisis Ukraine.

Bagaimanapun Australia berkata, ia sudah mengenakan beberapa sekatan seperti larangan melancong dan sektor kewangan sebagai tindak balas kepada ancaman Russia yang mencabul kedaulatan dan menceroboh wilayah Ukraine pada Mac lalu.

"Saya tidak katakan kami tidak akan, mungkin pada masa akan datang, mungkin lebih. Tapi buat masa ini kami tidak akan, tumpuan kami ialah membawa pulang mayat warga kami secepat yang boleh," katanya. - AFP

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers