Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech) Ahmad
Beliau berkata setakat Jun, 23 bank menyertai GTFS, termasuk Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV), dengan sejumlah RM1.95 bilion diagihkan untuk 141 projek yang mewujudkan 2,014 pekerjaan, selain mengurangkan pelepasan karbon (CO2) sebanyak 2.29 juta tan setahun.
GTFS dimulakan pada 2010 untuk tempoh lima tahun dan menyasarkan pengeluar dan pengguna teknologi hijau, dengan kerajaan memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion.
Skim itu yang menawarkan rebat dua peratus setahun ke atas kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan, turut disertakan jamin pembiayaan kerajaan sehingga 60 peratus.
Greentech berperanan sebagai pemudah cara bagi menilai projek dan membantu penyelarasan antara pemohon dan institusi kewangan.
Apabila GTFS berakhir pada Disember tahun depan, Ahmad Hadri berkata beliau berminat terhadap trend global yang diilhamkan oleh United Kingdom untuk menubuhkan bank pelaburan khusus bagi memanfaatkan nilai teknologi hijau.
Beliau berkata agensi pelaburan khusus yang mengetahui dan menghargai teknologi hijau akan berminat untuk mengkaji projek-projek berdaya maju yang boleh mewujudkan lebih banyak peluang untuk merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi hijau.
"Selain itu, ada banyak peluang besar untuk membiayai projek hijau di Asia berdasarkan potensi pembiayaan yang ada di negara seperti Indonesia, Vietnam dan India," katanya.
Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia ke-11, GreenTech terlibat terus dengan MDV untuk menyediakan pembiayaan bagi teknologi hijau. - BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.