RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar

RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar


Edisi ‘RM15@Param’ kali ini menampilkan penyanyi serta chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob dalam misi menyahut cabaran GUA untuk membelanjakan wang sebanyak RM15 yang diberikan kepadanya. 

Ingin tahu juadah berbuka puasa apa yang berjaya dibelinya di Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini, jom lihat gambar di bawah.

RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar


Itulah untungnya menjadi selebriti terkenal apabila peniaga-peniaga di sana yang mengenali pelantun lagu ‘Chocolate Cake’ ini menawarkan harga murah kepadanya. Selain itu, juara pertama Master Chef Selebriti ini juga seorang yang bijak tawar- menawar. 

Mungkin kerana bakat dan kelebihannya yang sering memberi motivasi kepada masyarakat membuatkan dia tiada masalah untuk menyusun kata sekaligus meminta bayaran murah daripada peniaga.

Hasilnya, penyanyi berusia 36 tahun ini berjaya membeli Kuih Kaswi, Cara Manis dan Pulut Panggang dengan harga RM1 di mana harga sebiji kuih sepatutnya bernilai RM0.50 sen. Selain itu, Dato’ Fazley juga membeli air tembikai susu (RM2) – harga asal RM3, 7 biji kuih buah Melaka (RM1), Kambing Bakar (RM5) – harga asal RM10, 20 biji kuih penderam (RM1) – kebiasaannya 10 biji untuk RM1, Roti Cicah bersama Garlic Butter Prawn (RM2.50) – harga asal RM6.50 dan Masak Lemak Telur Itik (RM2.50) – harga asal RM4.

RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar


“Cabaran ‘RM15@Param’ ini memang sangat unik sebab bukan senang untuk berbelanja dengan RM15 pada zaman sekarang ini. Namun, dengan menggunakan teknik tawar-menawar harga, ia banyak membantu saya untuk membeli sehingga lapan juadah termasuk air,” ujarnya kepada GUA.

Melihat pada senarai juadah yang dibeli Dato’ Fazley di mana dia banyak membeli kuih tradisional, pelantun lagu ‘Bila April’ ini mengakui dia memang seorang penggemar kuih tradisional dan memberitahu memang menjadi menu wajib yang perlu ada baginya setiap kali waktu berbuka puasa.

RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar


“Juadah kegemaran saya ketika bulan Ramadhan memang kuih tradisional. Dari kecil lagi saya memang dah diajar untuk makan kuih-muih Melayu sebab Uwan saya dulu memang penjual kuih Melayu dan ibu saya juga memang rajin buat kuih Melayu.

Saya juga selalu ke bazar Ramadhan untuk mencari kuih tradisional. Setiap kali ke sana, saya akan wajib beli kuih dan pernah kadang-kadang saya beli lebih daripada lima jenis kuih dalam satu masa. Sebab itulah saya pilih jadi chef pastri sebab saya memang ‘hantu’ pencuci mulut,” tuturnya lagi.

RM15@Param : Dato’ Fazley Bijak Menawar


Dalam perkembangan lain, Dato’ Fazley menerusi jenama pencuci mulutnya, ‘sukasucre’ baru saja melancarkan kerjasamanya bersama Restoran Seri Keningau Village yang terletak di Plaza Masalam Shah Alam pada Ahad lalu. Ini merupakan kolaborasi keduanya selepas restoran The Sumbs Café yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers