Emma Maembong Nafi Krisis Dengan Kekasih

Emma Maembong Nafi Krisis Dengan Kekasih


Pelakon drama online 'Sweetheart Fantasia', Emma Maembong menafikan tindakannya memuat naik sekeping gambar di Instagram baru-baru ini kerana akibat kecewa dengan teman lelakinya, pelakon serta pengacara Zizan Razak.

Menurut Emma, dia pelik bagaimana isu ini boleh timbul dan menafikan sekeras-kerasnya ayat-ayat yang terdapat pada gambar tersebut ditujukan kepada Zizan seperti yang diandaikan oleh segelintir pihak sebelum ini.

"Saya pelik bila orang cakap saya letak gambar ayat-ayat itu sebab kecewa dengan Zizan. Sebenarnya ayat-ayat itu bukan untuk ditujukan kepada Zizan tetapi orang lain," jelas Emma kepada GUA menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

Emma Maembong Nafi Krisis Dengan Kekasih


Menerusi gambar yang dimuat naik Emma pada Ahad lalu, ia seolah-olah menggambarkan tentang luahan perasaan seorang kekasih yang tidak mendapat perhatian daripada pasangannya, dan berhasrat untuk meninggalkan kekasihnya dan mencari seseorang yang lebih mengambil berat tentang dirinya.

Emma Maembong Nafi Krisis Dengan Kekasih


Bait-bait ayat itu turut mencuri perhatian ramai sehingga ada yang membuat spekulasi kononnya hubungan cinta pelakon drama 'Yes Boss' ini dengan kekasihnya itu kini sedang mengalami keretakan.

"Saya rasa kelakar bila isu ini timbul. Tapi biasalah orang sekarang ini kan suka buat cerita macam-macam. Namun di sini saya ingin menegaskan yang hubungan saya dengan Zizan okay, tiada masalah dan berjalan lancar seperti biasa," kata Emma yang kini sedang menjalani penggambaran drama 'Astana Cinta Aleesa'.

Ditanya sama ada dia akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik sesuatu gambar ataupun memberi sebarang komen di laman sosial miliknya, ini jawapan Emma.

"Tidak ada apa yang perlu saya nak berhati-hati. Saya cuma muat naik dan kongsi gambar atau ayat-ayat yang saya rasa macam 'best' atau yang ada kena-mengena dengan orang sekeliling, itu sahaja," ujarnya mengakhiri perbualan.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers