Dunia Filem Buka Pintu Hati Diana Amir Berhijab

Dunia Filem Buka Pintu Hati Diana Amir Berhijab


Tiga tahun berhijab dan meninggalkan dunia perfileman, pelakon dan pengacara Diana Amir mengakui dia rindu beraksi di layar perak. Namun, wanita ini tidak terkilan kerana percaya pada rezeki Allah SWT. 

Kata Diana, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, telah memaklumkan lebih awal bahawa tawaran berlakon buat Diana mungkin merosot apabila dia berhijab.

“Ketika saya menyuarakan hasrat untuk bertudung kepada David Teo, beliau menjelaskan tawaran berlakon mungkin berkurangan. Tapi saya percaya pada rezeki Allah. Tawaran berlakon mungkin kurang, tapi rezeki mengacara semakin bertambah. Rezeki saya semakin murah sejak bertudung,” kata Diana.

Dunia Filem Buka Pintu Hati Diana Amir Berhijab


Walaupun tidak lagi dapat melihat wajah pelakon ‘Salam Cinta’ ini di layar perak, namun Diana masih menerima tawaran berlakon untuk stesyen TV Al-Hijrah. Jelas Diana, TV Al-Hijrah sudah menetapkan garis panduan yang berlandaskan syariat dan hal itu lebih memudahkan.

“Sekarang saya lebih banyak berlakon telemovie dan kebanyakkannya untuk TV Al-Hijrah. Bukan saya memilih mana-mana stesyen TV, tapi kebetulan TV Al-Hijrah lebih memberi fokus pada agama dan hal itu memudahkan saya menjaga batas. Tapi saya masih muncul di stesyen TV lain sebagai pengacara,” katanya yang kini lebih selesa mengacara berbanding berlakon.

“Buat masa ini saya lebih selesa mengacara kerana boleh menjaga batas, cakap perkara-perkara yang berilmu dan sebagainya. Kalau berlakon pun masih boleh menjaga batas dan aurat cuma agak sukar sebab drama dan filem yang berunsurkan agama tidak banyak,” jelasnya.

Dunia Filem Buka Pintu Hati Diana Amir Berhijab


Walau bagaimanapun, Diana tidak menafikan bahawa dunia filem yang membuka hatinya untuk berhijrah dan berhijab.

“Ketika menjalankan penggambaran ‘Tujuh Petala Cinta’, saya masih belum bertudung. Boleh dikatakan filem itu yang membuka pintu hati saya untuk berhijab. Ketika di set penggambaran, semua krew solat apabila tiba waktunya. Jadi saya terasa sedikit segan dan mula sedar,” kata Diana.

Selain sibuk mengacara, Diana juga menggunakan masa yang terluang untuk berkongsi kisah penghijrahannya dan ceramah motivasi di beberapa pusat pengajian tinggi, surau dan masjid.

Kata Diana, dia suka terlibat dengan ceramah motivasi bukan untuk menunjuk pandai, sebaliknya ia ibarat peringatan untuk diri sendiri.

“Saya suka kongsi pengalaman saya sebab bagi saya apabila saya bercakap, saya nak jadi macam apa yang saya cakap. Lagipun, saya bukan beri ceramah seorang diri. Dalam setiap majlis yang saya turut serta, ada ustaz dan ustazah yang akan berkongsi ilmu mereka. Sedikit sebanyak ilmu mereka saya ambil.

Banyak faedahnya apabila kita berkongsi ilmu yang kita ada. Contohnya apabila ada yang dapat kesan daripada ceramah kita dan mengamalkannya, insyaAllah kita juga dapat pahala. Saya bukanlah pandai sangat, tapi saya akan cuba buat apa yang termampu,” kata Diana mengakhiri bicara. 


Kredit:
Solekan : Ayu Wahyu
Busana : Desa Murni Batik
Foto : Shareza Shafiee


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers