Sakit Hati Sampai Mati Pertaruhkan Nasib Fakhrul Razi
Semakin ramai nampaknya kemunculan penyanyi lelaki yang ingin mencuba nasib sebagai penyanyi komersial di negara ini.
Terbaru, seorang lagi penyanyi lelaki kelahiran Brunei yang mahu dikenali sebagai Fakhrul Razi telah mengambil tempat dengan single pertamanya berjudul Sakit Hati Sampai Mati (SHSM).
Mengetengahkan muzik pop r&b, lagu SHSM yang menyentuh jiwa itu dilahirkan Fakhrul Razi menerusi klip video pertamanya yang bakal dijadikan santapan pembukaan sebagai memperkenalkan namanya dipersada dunia muzik tanah air.
Apa yang pasti, selain melodinya yang mendayu dan menyentuh sukma, klip video berkenaan juga dilahirkan dalam kualiti yang cukup sempurna bersama jalan cerita tersendiri berkenaan dua insan bercinta.
Bagaimanapun, album sulung Fakhrul Razi berjudul Mutlak telahpun berada di iTunes sejak 25 Februari lalu dan bakal dilancarkan dalam bentuk cakera padat pada April depan.
Mula menyanyi sejak berusia 14 tahun, nama Fakhrul Razi bukan lagi asing di negaranya, apatah lagi di peringkat antarabangsa dia pernah menempatkan diri di peringkat akhir World Championships of Performing Arts di Hollywood baru-baru ini.
Selain menyanyi, Fakhrul Razi juga merupakan pengacara untuk rancangan Rampai Pagi di Radio Televisyen Brunei (RTB) dan juga bertindak sebagai penyampai radio untuk sebuah stesen radio bebas di Brunei iaitu Kristal FM.
Oooo lagu.... ingatkan apa tadi hehe...memula tadi ingatkan pemain bola hehehe
ReplyDelete