Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja

Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja


Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja
Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja

Pasangan selebriti, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.

Dua puluh lapan penaja itu termasuklah tiga penaja utama iaitu Habib Jewels yang menaja barang kemas pengantin perempuan, Setia City Convention Centre sebagai penaja lokasi perkahwinan dan penaja makanan, Kumpulan Segi Seri.

Rozita Che Wan berkata dia tidak menyangka ramai penaja yang datang dan ingin menaja perkahwinannnya itu dan dia menganggap ianya rezeki berkahwin.

"Terus-terang saya sendiri tidak menyangka ramai pula pihak yang hendak menaja perkahwinan kami. Pada kami mungkin ini rezeki orang berkahwin.

"Bagaimana pun, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi menaja. Orang kata kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.

"Sebenarnya kami tak mengharapkan penaja kerana pada asalnya memang kami ingin buat majlis nikah sahaja tetapi bila saya fikir ini perkahwinan pertama Zain. Jadi saya rasa apa salahnya bagi dia merasa semua,"katanya ketika sidang media pengumuman majlis pernikahannya di Setia City Convention Centre, petang tadi.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengambil keputusan untuk menyatukan ikatan cinta yang sah mereka di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.

Majlis nikah tersebut akan diadakan selepas solat Magrib kira-kira jam 7.30 malam

Pasangan ini kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.

Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 10 Disember ini.

Pun begitu, Rozita Che Wan atau Che Ta beritahu masih ramai lagi penaja yang ingin menajanya namun dia terpaksa menolaknya selepas mendapati sudah menerima tajaan lebih daripada yang sepatutnya.

"Sebenarnya saya tolak banyak juga tajaan daripada pihak lain kerana tajaan yang diberikan kebanyakannya bertindih atau sama dengan tajaan yang sudah kami dapat seperti lokasi dan sebagainya,"jelasnya lagi.

Sementara itu, Zain memberitahu hanya majlis perkahwinan mereka yang akan ditaja tetapi barang hantaran perkahwinan, wang hantaran, mas kahwin serta cincin membatalkan air sembahyang kepada Che Ta semuanya merupakan perbelanjaannya sendiri.

"Kami bakal berbalas hantaran dengan jumlah hantaran yang sama iaitu sebanyak 9 dulang. Barang-barang hantaran ini semuanya saya beli menggunakan duit saya.

"Selain hantaran, saya akan memberikan wang hantaran sebanyak RM23 200 kepada Che Ta sempena tarikh hari lahir saya yang jatuh pada 23 Ferbruari.

"Manakala mas kahwin pula saya akan berikan sebanyak RM9 300, juga sempena tarikh lahir Che Ta. Saya memilih simbolik tarikh ini supaya senang hendak ingat tarikh-tarikh penting ini.

"Selain itu, cincin bertahta berlian yang diberikan kepada bakal isterinya juga bernilai sempena tarikh lahir Che Ta iaitu RM93 000," jelasnya lagi.

Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu.

Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka.

Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan disiarkan di Astro Ria itu akan merungkai kisah percintaan mereka sehinggalah ke majlis resepsi mereka. Ia akan bersiaran pada bermula 7 Disember ini untuk episod pertama bagi Majlis Merisik pada jam 10 malam.

Diikuti episod kedua yang memaparkan Majlis Akad Nikah pada 13 Disember 2013, jam 9 malam serta episod akhir iaitu rakaman Majlis Resepsi mereka pada 21 Disember 2013, jam 10 malam.

Comments

  1. dup dap2 la pengantin baru ni harini kan..

    *isikan tabung is juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, asyik mislead punya cerita pasal dorang berdua, kali nie real, pasti, terima kasih mimie. :)

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers