Fida dilabel artis bermasalah?

Fida dilabel artis bermasalah?
Fida Ibrahim

Fida dilabel artis bermasalah?


ENTAH di mana silapnya, perjalanan karier seni Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Fida Ibrahim tidak selancar yang disangka.

Bermula dengan kisah cinta sehinggalah ke kontroversi berpakaian dan bertudung, nama Fida bagai tidak sudah-sudah terpalit dengan kisah kontroversi.

Terbaru, Fida telah dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran telefilem Kampungku dan Aidil Adha di Baling, Kedah.

Merasakan dirinya adalah artis yang teraniayai, tegas Fida dia tidak akan sesekali memohon maaf kepada pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua.

"Sebenarnya isu minta maaf telah lama selesai sebelum perkara ini tersebar kepada pihak media. Saya juga pelik kenapa dia perlu menabur fitnah dan memburukkan nama saya kepada semua orang sedangkan perkara ini telah lama selesai.

"Apa yang boleh saya jelaskan dia juga perlu tampil meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar terhadap saya.

"Pelbagai kritikan yang saya terima mengenai isu terbabit sehingga saya dilabel artis bermasalah. Namun, saya akur sebagai insan biasa lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan menerimanya dengan reda.

"Saya juga memandang pada sudut positif setiap fitnah yang diberikan itu ada hikmah sebaliknya," katanya kepada Zass.

Ditebak mengapa dia mendiamkan diri sebaik pihak produksi memaklumkan dia lari dari lokasi, Fida menjelaskan, dia mengambil pendekatan tersebut kerana enggan memanjangkan lagi isu itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sedangkan segala tuduhan yang dikatakan itu tidak benar sama sekali yang melabelkan saya sebagai artis bermasalah dan lari dari set penggambaran.

"Saya melakukan sedemikian kerana mempunyai alasan yang kukuh hanya orang yang berada di tempat tersebut akan mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi.

"Dalam hal ini, saya tidak kisah kalau pihak tersebut nak saman jika saya tidak tampil memohon maaf, kerana saya ada segalanya bukti dan penjelasan kukuh kenapa saya bertindak sebegitu," ujarnya.

Fida dilabel artis bermasalah?
Fida Ibrahim

Tidak profesional?


Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di set penggambaran tersebut, Fida berkata, dia mempunyai sebab yang kukuh mengapa dia memilih untuk meninggalkan lokasi pada hari terakhir penggambaran itu.

Ujarnya, dia bukan meninggalkan lokasi kerana tidak berpuas hati dengan skrip yang diberikan oleh penulis skrip, Syed Nahar Syed Mokhtar.

"Saya akui meninggalkan set penggambaran dan saya lakukan atas sebab pihak produksi tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya sehingga saya terpaksa menukar pakaian di dalam kereta yang dikelilingi peminat.

"Saya bukannya nak berlagak diva atau tidak bersikap profesional tetapi saya cuma harapkan tempat penginapan yang memberikan kemudahan untuk saya menukar pakaian dan sebagainya," katanya kesal.

Fida berkata, selain itu pihak produksi juga tidak menjaga keselamatan dengan baik.

"Saya bukan mahu menuduh mereka, walaupun mereka menuduh saya tidak membaca skrip. Tetapi sampai tahap kereta saya dilanggar pun mereka tidak tahu, takkan saya mahu menunggu sehingga terjadi apa-apa kepada saya baru saya beredar," jelasnya.


Cinta soal kedua

Jika diselak lembaran kisah cinta anak kelahiran jati Pahang yang sebelum ini, ternyata tuah Fida dalam bercinta tidak begitu menyebelahinya apabila pernah kecundang dalam perhubungan bersama Mamat dan Zalif Sidek.

Dek kerana kekecewaan masa lalu, Fida berkata fokus utamanya kini hanyalah karier lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

"Jika dahulu ada juga saya terfikir untuk bercinta tapi sekarang tidak lagi, bagi saya sekarang tumpuan karier itu lebih penting cukuplah dengan cinta sebelum ini.

"Saya tidak mempunyai sasaran untuk berkahwin tapi saya tidak menolak jika itu ketentuan ALLAH SWT," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Fida berkata dia bukan cerewet dalam memilih pasangan sebaliknya memimpikan yang beragama dan berakhlak.

"Saya berharap suami saya kelak seorang yang beriman kerana saya mahu dia membimbing saya ke jalan yang lebih baik," katanya yang juga bergelar duta produk Emorra.


Pertaruhan Wan Lebor

Berkongsi perkembangan terbarunya, Fida memaklumkan, dia akan berkolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band menerusi lagu dialek Perak, Wan Lebor.

Menurutnya, dia ingin memberi pembaharuan seperti lagu Apo Kono Eh Jang, atas sebab itu dia memilih untuk mengetengahkan lagu Wan Lebor agar ia diberi nafas baru.

"Saya memilih lagu tersebut di sebabkan saya ingin menaikkan nama Perak supaya dikenali ramai. Mak saya berasal dari Hujung Matang, Taiping, Perak.

"Sebagai anak Perak saya berharap lagu tersebut dapat diterima ramai. Selain itu, saya bakal mengeluarkan dua lagi single Fida bersama Qalam Band dan Edri Hashim yang akan menyusul tidak lama lagi," katanya.


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers