Radio Island beri kelainan dalam muzik

Radio Island beri kelainan dalam muzik

Radio Island beri kelainan dalam muzik


NAMA Radio Island barangkali masih kedengaran asing dalam kalangan peminat band di Malaysia. Bagaimanapun sebenarnya kumpulan yang dianggotai lima anak muda ini, sudah mula bertapak dalam industri seni lima tahun lalu.

Kumpulan ini terdiri daripada Islahuddin Sulaiman (gitar dan vokal), Azreen Hussin (bass), Baizuddin Hussin, (keyboard), Mohamad Faez Abdul Khalid (gitar) dan Mohd. Farhan Ismail (drum).

Tidak menjadikan kekangan populariti sebagai satu alasan untuk berpatah balik, tekad untuk membuktikan kehadiran mereka bukan sekadar tempelan dalam arena seni suara.

Dipengaruhi muzik yang dibawa oleh kumpulan Muse, kumpulan ini membawakan konsep berunsur cinta, nilai kehidupan dan ketuhanan dalam setiap pembikinan lagu mereka.

Mempertaruhkan lagu yang mudah didengar, antara karya mereka yang sudah diketengahkan adalah Ceritera Cinta, Sedih, Kertas Warna, Hilang dan Satu.

Menurut Vokalisnya, Islahuddin Sulaiman, kumpulan ini ditubuhkan dari minat mendalam setiap ahli kumpulan ini terhadap bidang muzik.

Oleh kerana tidak mahu kelihatan sama dengan kumpulan sedia ada, mereka mencari sebuah muzik yang iramanya lain daripada yang lain.

"Kesemua lagu yang disampaikan mempunyai makna tersendiri dengan latar belakang muzik yang berbagai. Setiap lagu menjadi satu kekuatan, yang membezakan Radio Island sedikit berbeza dengan band lain di Malaysia.

"Istimewanya setiap ahli kumpulan kami menyumbangkan satu lagu kepada kumpulan ini.," katanya

Islahuddin turut berharap, lagu mereka akan dapat memberi platform yang baik terhadap karier seni mereka.

"Sebagai band yang boleh dikatakan masih baru dalam industri ini, kami semua mahu buktikan kemampuan dalam bidang ini dan dapat melakukan yang terbaik," katanya.
Bakal keluar album

Bagi memperkuatkan lagi jenama mereka dalam bidang seni, Islahuddin memaklumkan mereka bakal mengeluarkan album pertama pada tahun hadapan.

"Album tersebut akan dimuat sebanyak enam buah lagu dan disampaikan dalam bahasa Melayu. Setiap lagu yang dibawanya itu mengikut arus perkembangan dan pasaran semasa supaya tidak lari dari tema cinta.

"Buat permulaan ini kami lebih tertumpukan kepada single dahulu, sebelum siap sepenuhnya untuk album pada tahun hadapan.

"Selain itu, kami juga sedang mencari syarikat pengedar yang sudi membantu kami mengedarkan album ini kelak," katanya

Tambahnya lagi, single terbaru mereka, Satu sudah mula mendapat perhatian apabila dimainkan di stesen radio.

"Alhamdulillah, Radio Island juga menerima pencalonan dari stesen radio bagi single terbaru berjudul Satu dan kerap diundang untuk temu bual di stesen radio.

"Ada di antara respons yang kami terima juga cukup menyenangkan hati dan menambah semangat kami lagi untuk berada dalam arena ini," ujarnya.

Radio Island beri kelainan dalam muzik

Percaya kepada rezeki


Menyentuh mengenai persaingan yang semakin sengit dalam industri ini,  Islahuddin berkata, Radio Island tidak pernah merasa tergugat dengan perkara itu sebaliknya menganggap ia adalah rezeki dan menilainya pada sudut positif.

Katanya, persaingan bukannya halangan buat diri mereka sebaliknya ia menjadikan semangat untuk mereka terus aktif dalam bidang ini.

"Kami mula mengorak langkah dengan menyertai pelbagai pertandingan muzik atau antaranya seperti Battle of the Band Youth 2010, Sound Stage ROTTW dan yang paling melonjakkan nama kumpulan ini melalui BN Youth Music.

"Bagaimanapun, saya akui memang banyak bakat di luar sana lebih hebat malah saya menganggapnya setiap peluang yang datang adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT," katanya.


Comments

  1. baru first time tau ni, thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. is pun terpernah dengar pasal dorang nie nanti sama-sama lah kita layan musik dorang pulak.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers