Anzalna |
SEMINGGU lalu, nama Shah Iskandar dan Diana Nasir, kakak kepada aktres jelita, Anzalna, menjadi tumpuan ramai setelah wanita itu memuat naik status mengenai hubungan mereka di laman sosial, Facebook.
Turut disertakan gambar mesra berdua, tidak hairanlah ramai yang menyifatkan pasangan ini dilamun cinta.
Bagaimanapun, tindakan pelakon Teduhan Kasih ini yang menafikan hubungan dengan wanita itu menerusi sebuah majalah membuatkan Anzalna rasa kecewa.
Menurut Anzalna yang juga pelakon Love You Mr Arrogant, kenyataan Shah bertentangan sama sekali dengan apa yang berlaku sebenarnya. Jelasnya, hubungan mereka sebenarnya lebih dari rakan biasa.
“Pada mulanya saya cukup marah dengan Diana setelah membaca kenyataan Shah yang menunjukkan seolah-olah kakak saya yang tepuk sebelah tangan dan ‘syok sendiri’.
“Sedangkan dia (Shah) yang sebenarnya terhegeh-hegeh dengan Diana. Malah saya sendiri pernah membaca SMS Shah yang begitu menagih cinta terhadap kakak saya.
“Tetapi setelah mendengar penjelasan daripada Diana, saya terpaksa fikirkan kembali situasi yang sedang dilalui mereka,” kata Anzalna ketika ditemui pada majlis Pelancaran Program Bual Bicara Diva La Vida di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kelmarin.
Finalis Dewi Remaja ini turut memohon supaya masyarakat di luar sana tidak membuat persepsi yang negatif terhadap kakaknya.
“Saya tidak mahu terlibat dengan perkara ini, tetapi bila ramai yang memandang serong kepada Diana, jadi saya terpaksa betulkan keadaan.
“Saya kenal Diana kerana dia bukan wanita begitu. Walaupun sikapnya agak peramah dan gila-gila, ia tidak bererti dia mudah didampingi oleh mana-mana jejaka,” ujar Anzalna yang tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Shah meskipun kecewa dengan sikap aktor tersebut.
Enggan dilabel ‘perempuan jahat’
Beralih mengenai karier seninya, pelakon Bangkitnya Seorang Wanita ini, dilihat semakin menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain.
Terkenal dengan watak antoganis, Anzalna bagaimanapun enggan dilabel sebagai ‘perempuan jahat’ dengan terus menerima watak sedemikian. “Cukup, cukuplah... watak perempuan jahat macam dah sebati dengan saya.
“Saya tak mahu orang cop saya jahat kerana sering melakonkan watak sebegitu.
“Sebab itulah, saya banyak menolak tawaran lakonan sekiranya ditawarkan,” katanya.
Tampil kelainan menerusi watak protagonis untuk beberapa drama, aktres seksi ini semakin rancak menerima tawaran lakonan.
“Saya baru sahaja menerima tawaran berlakon dalam super telemovie bertajuk Selamat Pengantin Madu yang mengisahkan kisah bermadu.
“Penggambaran akan dijalankan selepas saya pulang daripada United Kingdom tahun hadapan.
“Disember ini saya akan terbang ke sana untuk berjumpa dengan keluarga,” katanya.
Rahsia semakin jelita
Memiliki pakej lengkap yang diidamkan ramai wanita, maka tidak hairanlah dia mudah meraih perhatian sesiapa saja yang memandang. Malah, sejak akhir-akhir ini, dia kelihatan semakin cantik dan langsing.
Berkongsi rahsianya, Anzalna berkata, sejak mengamalkan produk keluaran Vida Beauty ramai yang bertanya mengenai perubahan tersebut.
“Saya mengamalkan produk ini sejak setahun yang lalu selepas Dr Vida sendiri yang mengesyorkannya. Bahkan ahli keluarga saya turut menggunakannya.
“Saya tertarik kerana ia menggunakan bahan semula jadi seperti arghan, serai dan buah delima dalam setiap produknya,” katanya yang dilantik sebagai duta produk kecantikan, De Putih.
Baginya, sebagai selebriti dia harus menitikberatkan penampilan dan imej supaya sentiasa menawan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.