Bienda belum menyepi

Bienda belum menyepi
Bienda

Bienda belum menyepi


SEJAK dikurniakan puteri sulung, Lavienda Namiraz yang kini genap usia setahun, dramatis berasal dari Kelantan ini agak menyepi dalam bidang seni. 

Masih rindu dengan dunia lakonan, Nor Razlinda Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda, 28, mengakui semakin kurang menerima tawaran.

"Kali terakhir saya berlakon dalam drama bersiri 26 episod, Sebumbung yang disiarkan di saluran RTM, pada 2011 lalu.

"Sejak itu tawaran semakin kurang. Saya sedar, saban hari saya terpaksa bersaing dengan pelakon baru yang semakin ramai. "Pun begitu saya harus akur dengan situasi itu dan percaya rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT," ujar Bienda.

Meskipun tidak terlalu menonjol dalam bidang seni, Bienda bersyukur kerana perniagaan tudung jenama dan rekaannya sendiri, Bienda Lavienda semakin mendapat sambutan.

"Dengan adanya perniagaan ini, sedikit sebanyak ia dapat menambah pendapat saya sekeluarga, Jika dulu saya selalu memberikan cadangan untuk rakan-rakan membuka jenis perniagaan ini, sekarang giliran saya pula.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Bagi mengembangkan perniagaan, saya turut membuka jualan menerusi online," kata Bienda.

Tidak pernah lupa dalam bidang nyanyian, Bienda yang sebelum ini popular menerusi lagu Penantian, memberitahu dia bakal menampilkan dua single terbarunya dalam tahun ini.

"Lagu berjudul Permata yang cipta oleh Edry Abdul Halim telah siap dirakam, kini tinggal lagu diciptakan vokalis daripada band Pesawat iaitu Jipie masih dalam proses.

"Lagu tersebut akan siapkan pada tahun ini, buat masa ini saya mengeluarkan single dahulu," katanya yang turut memasang impian untuk memiliki album sendiri.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers