Hans Isaac |
Hans Isaac kembali mengarah filem
KEGAGALAN filem Lemak Kampung Santan hampir membuatkan pengarah, penerbit dan pelakon terkenal ini berputus asa.
Bagaimanapun rasa cinta yang mendalam di layar perak membuatkan aktor kacak ini kembali bangkit untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang seni.
Kembali dengan filem terbarunya, Carmina, pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, ini bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi mencuba nasib di pasaran filem sendiri.
Menurut Hans Isaac, urusan penerbitan dan penggambaran filem itu akan dilakukan di Singapura bermula tahun hadapan.
"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri di Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.
"Buat masa ini, ia masih dalam proses mencari pelakon," kata Hans.
Mengulas lanjut mengenai filem terbarunya itu, Hans memberitahu, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup ibunya sendiri. Malah judul filem itu turut diambil sempena nama mendiang ibunya, Carmina.
“Filem ini begitu istimewa buat saya. Ia dihasilkan bagi memperingati pengorbanan ibu saya sebelum beliau meninggal dunia.
"Keseluruhan filem ini adalah kisah benar yang berlaku ketika beliau bertarung nyawa menghadapi penyakit kanser.
"Saya yakin ia akan meninggalkan kesan mendalam buat sesiapa saja yang menontonnya," katanya.
Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam filem itu, Hans memberitahu, dia hanya akan bertindak sebagai pengarah dan tidak akan berlakon sama kerana khuatir ia akan mengganggu emosinya.
"Sekarang saya lebih fokus untuk mencari siapa pelakon yang layak untuk memegang watak sebagai ibu saya.
"Kalau boleh saya nak cari pelakon yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti ibu saya," katanya yang ditemui ketika sidang media Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, kelmarin.
Lawak Ke Der 3 ditunda
Mengulas mengenai penangguhan pementasan Lawak Ke Der 3 (LKD3), Hans berkata, pihaknya terpaksa akur demi memberi laluan kepada acara rasmi negara yang bakal diadakan di Istana Budaya (IB) sempena lawatan Presiden China ke Malaysia pada 4 Oktober depan.
Pementasan LKD3 yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober itu, ditunda pada 4 Disember.
“Pada mulanya memang saya terkejut dengan penundaan ini. Tapi bila difikirkan, kami perlu dahulukan perkara lebih penting.
“Bagi peminat yang sudah beli tiket, ia masih boleh digunakan mengikut tarikh baru. Hari persembahan dan tempat duduk dikekalkan seperti biasa,” katanya.
Selain masih mengekalkan Nabil dan Harith Iskander, LKD3 turut menampilkan Douglas Lim dan kumpulan Jambu.
Hans berkata, pementasan kali ini akan memberi lebih kelainan dari segi persembahan. Jelasnya, pada 6 Disember, keseluruhan persembahan akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
"Saya lihat ada hikmahnya terhadap penundaan ini. Tarikh baru jatuh pada cuti sekolah dan ia pasti akan menarik lebih ramai penonton," katanya.
Tiket-tiket pementasan boleh didapati dengan harga RM46, RM96, RM126, RM176, RM196 dan RM356.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.