KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Setelah selamat dijabkabulkan pada 7 Jun lalu, pasangan Beego dan Linda Hashim telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada keesokan malamnya.
Dalam majlis yang penuh romantis itu, mempelai mengenakan busana ala Inggeris kontemporari yang mana Beego mengenakan sut hitam manakala Linda mengenakan dress labuh berwarna unggu.
Majlis telah dihadiri oleh keluarga mempelai, sanak saudara serta rakan-rakan terdekat.
Dalam majlis akad nikah sebelumnya, Linda Hashim, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.
Linda turut menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan dan set penjagaan diri.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu secara senyap tanpa pengetahuan umum.
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yang hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.