iskandarX Society Selebriti - Norman: Popular Tidak Semestinya Terbaik



KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Memegang prinsip popular tidak semestinya terbaik dan yang terbaik bukan bererti popular, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berharap penganjuran Anugerah Blockbuster 2011 yang bakal berlangsung di Stadium Melawati pada 6 Oktober nanti mampu 'merakyatkan' lagi filem tempatan.







"Banyak anugerah berdasarkan populariti telah dianjurkan di peringkat antarabangsa seperti MTV Movie Awards dan People's Choice Awards. Di Malaysia pun ada anugerah seperti ini tetapi tiada pengkhususan untuk penggiat filem tempatan.

"Dari sinilah wujudnya idea untuk menghasilkan anugerah ini dan berharap anugerah ini dapat dianjurkan setiap tahun pada bulan Jun. Namun, memandangkan tahun ini sebagai tahun pertama, ia bakal dilaksanakan pada 6 Oktober ini," ujarnya ketika dihubungi murai.com.my, pagi tadi.

Dalam pada itu, Norman yang menjadi pemilik idea asal anugerah ini tiada masalah seandainya pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) meluluskan kesemua filem yang ada di Malaysia untuk dipertandingkan.

"Saya hanya mencetuskan idea saja dan bukan orang yang berkuasa penuh untuk menentukan filem mana yang layak atau tidak untuk dipertandingkan. Biarlah PFM yang membuat keputusan sama ada filem Nasi Lemak 2.0 dan beberapa filem lain boleh masuk bertanding atau pun tidak.

"Saya tidak mahu nanti orang kata saya nak menangkan filem saya sendiri. Apapun, matlamat pengajuran ini tertumpu kepada penjenamaan sesebuah filem tempatan. Kalau boleh saya tidak mahu timbul kontroversi.

"Saya tidak kisah filem apa yang mahu bertanding. Namun, saya tidak mahu akan timbul kekeliruan dan orang tidak akan faham matlamat sebenar anugerah sebegini diwujudkan. Secara peribadi, saya tidak kisah," jelasnya.

Hakikatnya, Norman memberitahu, idea asal anugerah ini adalah untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam filem.

"Saya tiada niat untuk mengasingkan mana-mana bahasa yang ada di Malaysia. Sekali lagi, secara peribadi ia tiada masalah tetapi saya takut akan ada berlakunya sesuatu kekeliruan pada prinsipnya saja.

"Pada awalnya,saya mahu anugerah ini dinamakan lain supaya mencerminkan identiti negara. Namun, pihak penganjuran sudah bersetuju dengan meletakkan blockbuster supaya wujud kemegahan pada anugerah ini.

"Saya tidak terkilan seandainya filem saya kalah dalam anugerah ini kerana saya tahu menang dalam festival filem Malaysia bukan jaminan untuk filem saya menang dalam anugerah ini," jelasnya.

Menerusi anugerah ini, pihak KRU Studios turut mencalonkan dua filem terbitannya iaitu Merong Mahawangsa dan Karak untuk bertanding.

Memang betul jangan jadi "PPTTL" kerana qualiti adalah penting daripada kuantiti yang terbanyak. hahahaha pening daaa puasa-puasa nie nak ke aku komen pasal hiburan? isk isk isk isk menambahkan dosa aku nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers