Sarawak Peningkatan Jumlah Mangsa Banjir Kepada 133 Orang, Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi ini berbanding 26 mangsa malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.
Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.
Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan semalam susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas di negeri ini.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.