Shiha Zikir bangga rakyat Malaysia tak pulang beraya
Shiha Zikir bangga rakyat Malaysia tak pulang beraya, Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berasa bangga melihat pengorbanan orang ramai yang tidak pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga ekoran krisis COVID-19 tahun ini.
Menurut Shiha, rata-rata masyarakat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi dalam usaha membanteras penularan wabak COVID-19.
"Kita semua tahu, sejak isu COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang tak berpeluang untuk beraya bersama ibu bapa dan keluarga tahun ini.
"Apapun, saya sangat bangga dengan mereka yang tak pulang ke kampung sejak krisis COVID-19 ini, mereka sebenarnya telah melakukan pengorbanan yang besar kepada masyarakat dan negara dalam membendung penularan pandemik ini," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Shiha, perkembangan teknologi masa kini juga amat membantu masyarakat untuk mengekalkan kemeriahan Syawal meskipun tidak bersua depan mata.
"Dengan teknologi sekarang, mereka yang tak dapat berjumpa di kampung halaman pun masih boleh bergembira meraikan Hari Raya dengan ibu bapa dan keluarga tercinta.
"Kita semua boleh melakukan panggilan video dan sebagainya, yang penting hubungan dan kemesraan dengan keluarga tetap terpelihara," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shiha kini muncul dengan lagu raya terbaru yang turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah dan Peja & Friends.
Lagu yang berjudul Moh Beraya itu trending nombor 12 di YouTube dan mendapat tontonan melebihi 380,000 sejak dimuat naik pada 19 Mei lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.